Friday 25 October 2013

ORANG ASLI KELANTAN KECAM PAS DAN HADI AWANG





By Admin

Mereka mahukan kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan pusat mengiktiraf hak mereka ke atas tanah adat.




PETALING JAYA: Kumpulan masyarakat Orang Asli di Kelantan bertegas mahukan pengiktirafan terhadap tanah Orang Asli dan sekaligus membantah kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kami dari Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) ingin mendesak kerajaan pusat dan negeri berhenti mengotak- katikkan masyarakat Orang Asli.  Kami sudah sedar hak dan kepentingan kami terhadap tanah adat,” kata Azmi Badol dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Hadi.
Pada hari Ahad lalu, Hadi menggesa agar masyarakat Orang Asli menerima pemodenan dan tidak sekadar merayau di tanah rizab.
“Orang asal sampai bila nak merayau? Mereka patut berubah jangan selama-lamanya berada pada tahap itu.
“Daripada terus mengharapkan kawasan rayau untuk mereka disediakan, mereka harus keluar daripada kebiasaan,”kata Hadi semasa penutupan perasmian Konvesyen Tanah dan Perbandaran Kebangsaan 2013, di Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Azmi Badol turut menempelak kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Abu Bakar Chik yang menafikan bahawa masyarakat Orang Asli Kelantan dipinggirkan.
Menurut Azmi, JKOAK kecewa dengan tuduhan kerajaan Kelantan bahawa Orang Asli menolak pembangunan.
“Pada hakikatnya pembangunan yang dibuat oleh kerajaan tidak mengikuti Prinsip-prinsip  Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus yang terkandung dalam Deklarasi Hak Orang Asal.
“Tanah kami berpuluh ribu hektar tidak diiktiraf oleh kerajaan,sebaliknya kerajaan memberi dua hingga enam  ekar adakah itu pembangunan?” tanya Azmi.
Sehubungan dengan itu, JKOAK turut mendesak agar kerajaan negeri agar melaksanakan lapan belas syor yang dibuat oleh Suhakam menerusi Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli yang diedarkan kepada umum dua bulan lalu...FMT

No comments:

Post a Comment