Monday 14 October 2013

MARLINAH MENANG TANDING NAIB KETUA WANITA UMNO BATU SAPI




Admin 

October 14 2013

DARIPADA MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Marlinah Mustapha menyandang  Naib Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi berjaya mempertahankan bagi mengekalkan keduduknya  sebagai Naib Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi bagi sesi 2013-2017 setelah berjaya menewaskan dua pencabarnya dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Naib Ketua Wanita Bahagian Batu Sapi baru-baru ini.

Marlinah yang ditentang oleh  Normenah dan Naimah Minding  telah meraih undi sebanyak  282 daripada 720 perwakilan yang membabitkan 114 cawangan wanita UMNO Batu Sapi.

Free Sandakan Today difahamkan bahawa Marlinah adalah link kepada calon nombor 01 Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi  Datuk Hj Samsudin Yahya yang ditentang oleh percabarnya Mustapha Talib dan tanggal 19 Oktober ini sebagai tanggal keramat untuk menentukan nasib Sam dan Mus.

Kata sumber itu lagi seramai 282  perwakilan wanita adalah link kepada Samsudin ini jelas Samsudin akan memperoleh kejayaan bagi mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Bahagian UMNO  Batu Sapi bagi sesi 2013-2017.

"Samsudin adalah seorang pemimpin yang dinamik berjiwa rakyat setelah menjadi ADUN Sekong selama 3 penggal banyak membawa perubahan besar dalam arus perdana pembangnan di kawasannya terutama sekali  d kawasan persisiran pantai" jelas sumber itu lagi

1 comment:

  1. memang dari awal saya dah duga kau pasti menang betul-betul jadi kenyataan

    ReplyDelete