Monday 28 October 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN TIMBANG TUBUH INSTITUSI KEMAHIRAN...MARY YAP



 WRITTEN BY ADMIN

 OLEH: AZMI AZMAN


TAWAU: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mary Yapp Kain Chong (Gambar) menjelaskan Kemterian Pelajaran Malaysia  sedia mempertimbang saranan berhubung penubuhan lebih banyak institusi berasaskan latihan dan kemahiran di sesuatu kawasan, jika permintaannya tinggi.

Katanya kementerian itu sememangnya dalam perancangan memperluaskan lagi bidang kemahiran bagi menggalakkan pelajar mengikutinya dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.
“Sekiranya ada permintaan, Kementerian Pendidikan akan melihat dan mengkaji keperluan itu. (Kajian) itu sangat penting kerana jika tidak mempunyai permintaan, saya rasa macam tidak kenalah kalau mahu buka, nanti sambutan kurang,” katanya.
Anggota Parlimen Tawau itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L) Zon Sabah di Tapak Ekspo Tawau 100 Tahun, Bandar Sabindo, semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Komuniti Amir Md Noor.
Terdahulu, dalam ucapannya, Yap meminta masyarakat Malaysia membudayakan kecintaan kepada ilmu dan menyuburkannya secara kreatif bagi memastikan ia menjadi amalan rakyat di negara ini.
Beliau berkata kejayaan sesebuah negara bergantung kepada ilmu, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyatnya kerana ia akan memberi impak besar terhadap prestasi pembangunan ekonomi negara berkenaan.
Yap turut memuji penganjuran program My3L yang menghebahkan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat kerana ia boleh mempertingkat minat serta kesedaran selain menggalakkan lebih ramai rakyat menimba ilmu dan kemahiran.
Beliau berkata program itu mampu menjadi platform perjumpaan minda, perkongsian maklumat, pendedahan kepada pengetahuan dan penemuan baharu dalam pelbagai cabang ilmu untuk semua rakyat Malaysia.
“Saya berharap karnival ini dapat menjalin kerjasama lima penjuru antara komuniti, institut latihan dan kemahiran, institusi pendidikan, pihak swasta dan industri bagi memantapkan sistem  penyampaian pendidikan,” katanya.


No comments:

Post a Comment