Sunday 27 October 2013

SELURUH RAKYAT HARUS MENYOKONG USAHA MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN...MUSA



 By Admin

KOTA KINABALU: Usaha memperkasakan bahasa kebangsaan harus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan dipikul oleh warga pendidik semata-mata, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
 
Beliau berkata dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman, toleransi dan sikap keterbukaan harus menunjangi apa jua program bahasa dan pendidikan.
“Saya berharap semua warganegara bukan sahaja menguasai bahasa kebangsaan dengan lebih baik, tetapi juga mencintai bahasa ini.
“Bagi pihak kerajaan, kita akan sentiasa memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan terus dijamin dan terpelihara serta digunakan secara meluas bukan sahaja dalam bidang pendidikan dari sekolah rendah ke universiti, bahkan dalam bidang pentadbiran, bidang kehakiman dan sebagainya,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.
Musa juga berharap program-program berunsur perpaduan dapat diselitkan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan....Borneo Insider



No comments:

Post a Comment