Friday, 25 October 2013

KECANTIKAN PULAU DIPUJI KEKOTORAN PEKAN SEMPORNA DIKEJI KERANA BAU BUSUK



Written by Admin


OLEH: SHAIMON  S JUMADI


SEMPORNA:- Semporna  adalah sebuah pekan yang menjadi tumpuan para pelancong luar dan dalam kerana keindahan pulau-pulaunya yang begitu menarik untuk tarikan dan perhatian orang luar dan juga sekaligus menjana ekonomi pendapatan kerajaan.

Ramai para pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau Semporna memuji kecantikan dan keindahan  pulau-pulau  semula jadi itu di mana  udara dan angin sepui-sepui  menyegarkan dan tidak membosankan kepada pelancong untuk berkunjung setiap kali.

Free Sandakan Today yang kini berada di Semporna selama 3 hari untuk membuat tinjauan telah sempat menemui beberapa orang pelancong yang tinggal di hotel menjelaskan pulau-pulau di Semporna memang cantik-cantik belaka tetapi di pekan Semporna bukan saja bangnan-bangunannya tidak tersusun bahkan disetiap sudut berbau busuk sehingga meloyakan pengunjung yang hendak menjamu selara sama ada bersarapan atau makan tengahari  bau busuk tidak putus-putus sehingga menghilangkan selera.

Seorang aktiviti muda yang juga selaku Niab Ketua Pemuda Cawangan UMNO Kampung Air Semporna 1 Muhamad Saifullah Minggu  yang mengetahui kes ini meminta pihak kerajaan khususnya pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) dapat mengambil loangkah-langkah untuk menangani masalah sampah sarap punca ketotoran di pekas Semporna. yang sentiasa menjadi bahan ejekan masyarakat setempat dan luar 


Kecantikan dan keindahan Pulau di Semporna tarikan pelancong luar dan dalam




No comments:

Post a Comment