Sunday, 27 October 2013

MPS GAGAL PANTAU KEBERSIHAN DAN PENJAJA HARAM PASAR UMUM


Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menjalankan pemantauan sama ada tentang kebersihan, Prasarana, tempat letak kereta (Parking Space)   dan penjaja haram telah menimbulkan kemarahan kepada warga penjaja Pasar Besar Umum  Sandakan.

Dalam lawatan kerja Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  ke  Pasar Umum pagi kelmarin beliau banyak menerima aduan daripada para penjaja setempat  mendakwa   keadaan sekeliling pasar berkenaan  terlalu banyak masalah yang dihadapi dan perlu di pantau dan diselesaikan segera.

Faktor utama ialah  mengenai masalah  penjaja haram yang kebanyakannya   orang asing berjaja menjual bermacam-macam  jenis barangan   di tempat letak kereta bermula dari jam 12.00 tengah malam hingga jam 8.00 pagi secara percuma tidak dikenakan sebarang pembayaran daripada pihak MPS ini juga menyusahkan kerana para penjaja pasar  berkenaan sukar untuk memunggah  barang-barang jualan mereka kerana  tempat letak kereta yang berhampiran telah dipenuhi oleh penjaja-penjajan haram.

Selain itu juga kata Wong kawasan tempat letak kereta dari belakang hingga kedepan   pasar berkenaan terdapat  lebih 20  lubang di sana sini sudah hampir setahun masalah ini tidak diambil tindakan oleh pihak MPS malahan dibiarkan begitu saja.

Wartawan Free Sandakan Today  sempat menemuramah  beberapa orang penjual ikan di pasar berkenaan masing-masing  mengaduh  ekoran  ketiadaan tempat letak motorsikal  yang berhampiran  ini telah menyulit  kerana mereka selalu kena saman oleh pihak MPS sebanyak RM100.00.

Menurut  Mohd Hatta (gambar) dua tahun lalu pihak MPS telah menyediakan tempat letak motorsikal  tiba-tiba ditukar untuk  tempat letak kereta.

“Jadi di mana lagi kami mahu meletakan motorsikal kami adapun parking motor sikal tetapi jauh mahu setengah batu jaraknya dari pasar tempat kami menjual ikan” keluh Hattan.

Dalam pada itu Wong meminta Presiden Majis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk James Wong menyeru agar sekali sekala turun  padang khususnya melawat kepasar umum untuk mengetahui lebih dekat lagi situasi sekeliling  dan segala permasalahan yang para penjaja sedang hadapi” ujar Wong.






 Wong sedang dibarikan taklimat oleh Thomas Law      mengenai masalah pasar

No comments:

Post a Comment