Wednesday, 16 October 2013

HAMID SABAL MUDAH MENEWASKAN TIGA PENCABARNYA TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO



Admin...Share
OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD

SANDAKAN:- Calon nombor 04 Abdul Hamid Sabal (gambar)  calon Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan  akan mudah menewaskan pencabarnya iaitu Datuk Hj Awang Kadin Hj  Tang, Hj Andy Jakaria Palawong dan Ishak Apok .
 Hamid sebelum ini adalah penyadang jawatan Ketua Penearangan UMNO Bahagian memang disenangi oleh 90 peratus ahli-ahli UMNO Sandakan kerana beliau adalah  merupakan seorang pemimpin   yang berjiwa rakyat saya fikir kalau UMNO Sandakan sukar untuk  menandingi kehebatannya terutama sekali kalau berhujah sehari semalam orang tidak akan bosan dan merasa mengantuk.
Demikian dijelaskan sendiri oleh seorang perwakilan daripada Cawangan Kampung Perpaduan yang namanya tidak mahu disiarkan kepada Wartawan Free Sandakan Today hari ini.
 "Saya berani mengatakan jangan mimpi ketiga-tiga pencabarnya untuk membolot kerusi Timbalan Ketua Bahagian  Hamid seorang pemimpin di UMNO Sandakan  yang tiada tolok bandingannya termasuk  para pemimpin UMNO di seluruh Sandakan" ujarnya.


 
 "Dalam hubungan ini kalau perwakilan tidak mengundi untuk memberi kemenangan kepada Hamid  sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan bagi penentuannya pada tanggal 19 Oktober ini  kamu akan menyesal seumur hidup kerana  Hamid bukan  sembarangan orang   sebab beliau (Hamid) adalah line up kepada  Tan Seri Ampong Puyon jika kamu tidak mengundi Hamid samalah kamu durhaka kepada Tan Sri Ampong" tegas perwakilan. 

No comments:

Post a Comment