Monday 28 October 2013

KENYATAAN AHLI PARLIMEN SANDAKAN SEMASA DIPERSIDANGAN PARLIMEN



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN
: LISAN
DARIPADA
: TUAN WONG TIEN FATT @ WONG NYUK FOH [SANDAKAN]
TARIKH JAWAPAN
DI DEWAN RAKYAT
: 25 SEPTEMBER 2013, RABU
SOALAN
: NO. 4

SOALAN

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sedar penduduk – penduduk Pantai Timur Sabah, khususnya nelayan, masih diancam lanun dan pencerobohan, seperti pencerobohan lebih kurang 11 orang penganas pada 27-28 Ogos 2013, dekat Semporna. Jelaskan mengapa ini masih boleh berlaku walaupun ESSCOM sudah ditubuhkan. Apakah langkah – langkah yang lebih berkesan yang akan diambil.

黄天发问首相是否知道沙巴州东海岸区域的居民尤其是渔民,仍然受到海盗和入侵者的威胁,就如在2013827/28日在仙本那附近发生了约11名恐怖分子入侵的事件。请解释,为什么成立了沙巴东部安全区域(ESSCOM)之后,依然会发生这样的事件,以及陈述将采取哪些更有效的措施来防止事件再次发生?

JAWAPAN:        YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM,
                              MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di – Pertua,
尊敬的议长,

1.     Diperakui nelayan Pantai Timur Sabah masih diancam perompak di laut tetapi keadaan semasa jauh lebih terkawal dalam tahun 2013 berbanding beberapa tahun kebelakangan. Persepsi komuniti di pesisir perairan Pantai Timur Sabah bahawa keselamatan mereka masih terancam adalah tidak benar oleh kerana lambakkan maklumat ‘pencerobohan’ yang diwar – warkan oleh pihak tertentu telah membentuk persepsi sedemikian. Seperkara yang sama, daripada 67 maklumat pencerobohan yang diterima oleh ESSCOM sejak penubuhan, hanya 1 maklumat sahaja (insiden 27/28 Ogos) ada kebenaran untuk disusuli.

2.     Insiden yang telah berlaku pada 27/28 Ogos 2013 merupakan rompakan laut yang terpinggir dan masih dalam siasatan Polis dan komuniti risikan ESSCOM. Tiada bukti nyata bahawa penjenayah tersebut adalah “pencerobohan” yang ada kaitan dengan kumpulan yang terlibat dengan insiden yang berlaku di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada bulan Mac 2013 berlandaskan modus operandi dan akhiran kes. Tindakan pro – aktif dan kesedaran persekitaran oleh pasukan Keselamatan dan agensi penguatkuasaan maritim di lokasi, telah mematahkan matlamat kumpulan penjenayah ini.

3.     Mengapa insiden seperti ini masih boleh berlaku adalah kerana Kawasan Perairan di Pantai Timur Sabah melibatkan kawasan sepanjang 1,733 kilometer. Keluasan kawasan ini akan menyebabkan kadangkala terdapat beberapa kawasan yang tidak dapat diberi kawalan keselamatan secara berkesan. Ini ditambah pula dengan kekurangan aset – aset dan sumber manusia bagi mengawal perairan kawasan tersebut. Di samping itu juga, perkongsian sempadan dan jarak yang berhampiran antara kepulauan FILIPINA dengan Pantai Timur SABAH, juga menjadi faktor yang menyebabkan perompak mudah masuk dan keluar serta sukar dikesan atau dipintas.

4.     Untuk mengatasi masalah ini, YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk menambah bilangan asset dan menambah sebanyak 5 batalion baru yang akan ditempatkan di sepanjang kawasan Pantai Timur Sabah. Agensi – agensi keselamatan juga akan dipertingkatkan bilangan anggota yang akan ditempatkan di kesemuat pos – pos kawalan yang terletak di sepanjang perairan Pantai Timur Sabah. Penambahan asset dan sumber manusia serta koordinasi yang baik di antara agensi – agensi keselamatan dan penguatkuasaan dengan ESSCOM diharap akan dapat mempertingkatkan kawalan serta pencegahan pencerobohan dan juga rompakan di sepanjang kawasan ini.

5.     Di samping itu juga, sejak ESSCOM ditubuhkan, kehadiran vessel Pasukan Keselamatan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APPM) dan Polis Marin telah dipertingkatkan di sepanjang perairan ESSZONE. Di samping itu, community policing ditingkatkan supaya komuniti maritime setempat menjadi mata dan telinga bagi Pasukan Keselamatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Polis Marin, agar dapat bertindak sekiranya sesuatu insiden berlaku. Pemantauan 24/7 khususnya perairan yang berisiko tinggi dipertingkatkan menggunakan radar coastal surveillance systems dan UAV. Interaksi/engagement bersama Ketua Masyarakat/komuniti maritim telah diadakan untuk memaklumkan bahawa keadaan adalah terkawal dan Pasukan Keselamatan serta agensi penguatkuasaan maritim akan terus meningkatkan kesiapsiagaan di lokasi.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment