Saturday, 12 October 2013


 AU RASMI PROGRAM GEDUNG MINGGUN ILMU SMK MUHIBBAH





Kaption Gambar IB1156/CENDERAHATI.....Terima kasih Au menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pengetua SMK Mubibbah Puan Lim Li Li

Gambar IB1157/ALBUM KENANGAN... Au bergambar beramai-ramai dengan warga SMK Muhibbah

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Program minggu gedung ilmu ini merupakan satu program yang dikendalikan oleh Pusat Sumber SMK Muhibbah bersama dengan semua Panitia.

Tema pada tahun ini adalah "membaca Inspirasi minda berjaya". Program pada tahun ini akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan pelajar-pelajar dengan Pusat Sumber sekolah di samping memberi pendedahan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar
dari segi akademik dan ko-kurikulum.

Diharapkan program minggu gedung ilmu yang akan dijalankan ini akan dapat mencapai objektif bagi Melahirkan para pelajar yang cintakan ilmu pengetahuan. Menerapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar/mencungkil bakat dalam kalangan pelajar. membentuk para pelajar berfikiran kritis dan kreatif Kata Puan Lim Li Li dalam ucapan alu-aluannya di majlis tersebut kelmarin.

Program Minggu Gedung Ilmu yang diadakan di perkarangan SMK Muhbbah telah ditersempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah dalam ucapannya antara menjelaskan objektif utama Minggu Gedung Ilmu ini adalah untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dan disemai dalam kalangan lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja seperti para pelajar ini. Hal ini selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan maklumat dan informasi sekaligus mencambahkan kebolehan untuk bersaing di peringkat glokal.


“Suka saya mengaitkan di sini tentang sifat membaca yang merupakan suatu amalan mulia yang sewajarnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca merupakan langkah untuk menimba ilmu, memperkaya maklumat, ilmu pengetahuan, dan kebolehan dalam segenap bidang.

Dalam erti kata lain, melalui membaca kita berupaya mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek termasuklah kemahiran linguistik dan bahasa. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, melonjakkan kemampuan untuk bersaing dan bergerak maju dalam dunia mutakhir yang kian mencabar dengan momokkan teknologi maklumat yang canggih. Rakyat yang gemar membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini” ujarnya


Au berkata salah satu penekanan Wawasan 2020 ialah untuk membangun Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Justeru, saya sangat berharap agar warga SMK Muhibbah ini dapat menanamkan minat membaca dalam diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment