Admin..share
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong
berkata Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan sebuah parti politik yang berbilang
kaum, kita menghormati dan menghargai semua agama dan kebudayaan dari semua
kumpulan etnik.
Wong menambah perjuangan parti DAP adalah berjuang untuk semua kaum di Malaysia dan objektif kami adalah untuk membasmikan kemiskinan di kalangan
masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. Kami berhasrat semua
rakyat Malaysia menikmati dalam kehidupan yang selesa ceria dan gembira kerana ekonomi mereka begitu baik
Wong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis
Sambutan Hari Raya Aidil Adha Bersama Rakyat anjuran DAP Sandakan yang diadakan
di perkarangan Rumah Murah Sim-Sim malam tadi.
Selain itu, kata Wong
DAP juga memerangi rasuah, pembaziran wang rakyat, dan salah guna kuasa seperti peristiwa yang dipaparkan di Laporan Ketua Audit Negara 2012, ia bukti kerajaan BN telah menyalahguna kuasanya dan telah membazirkan duit
rakyat lebih kurang RM 6.5 Billion.
contohnya kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat
du mana Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan telah
membeli sebuah scanner A4 yang berharga RM 200 tetapi kementerian tersebut
telah membeli scanner yang dimaksudkan dengan nilai harga RM 14,670.00
Kita kembali mengenai penganjuran sambutan Hari Raya Korban
ini. Saya harap pada malam ini Majlis
Sambutan Hari Raya Aidil Ahda yang diadakan sederhana sahaja dapat disambut
oleh semua golongan termasuk warga emas, anak-anak yatim dan balu-balu dengan hati yang penuh gembira.
Dalam konteks ini perlu saya jelaskan tujuan DAP menganjurkan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha ini
adalah untuk memupuk semangat
setia kawan dan menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa.
Selanjutnya Wong telah mengagih-agihkan wang raya kepada ibu-ibu tunggal anak-anak yatim dan juga warga emas
Selanjutnya Wong telah mengagih-agihkan wang raya kepada ibu-ibu tunggal anak-anak yatim dan juga warga emas
Turut hadir majlis tersebut Pengerusi DAP Cawangan Kampung
Sim-Sim Abdul Basith NC Hj Othman, mantan Calon DUN Elopura George Hiew dan
mantan calon DUN Tanjung Papat Frankie Poon.
Wang Raya...Seorang Warga Emas Menerima Wang Raya Dari Wong
TERIMA KASIH....Seorang anak yatim menerima wang raya yang disampaikan Hiew
No comments:
Post a Comment