Tuesday, 22 October 2013

KALAH DAN MENANG ADAT PERTANDINGAN




Written by Admin

DARI MEJA SUB -EDITOR
SHAIMON S JUMADI

BAGI pendapat saya secara pribadi mereka yang telah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian sehingga ke Jawatankuasa Bahagian UMNO   baru-baru ini  apa saja jawatan yang dipertadingkan haruslah menerima hakikat  atas kekalahan tersebut jadikan ia satu ikhtibar kepada diri sendiri kenapa saya kalah dalam pertandingan merebut  kerusi-kerusi yang ditandingi itu.

  
Sebagai Wartawan yang sentiasa mengikuti  perkembangan dan perjalanan senario politik khususnya dalam sesi pemilihan AJK Bahagian UMNO tidak kira di mana-mana saja tempat.

Bagi  calon-calon yang menang bertanding apa saja jawatan sama ada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian  bagi mereka itu merupakan satu anugera kepada seseorang calon bertanding memperoleh kejayaan bagi meraihkan kemenangan  mereka  kelihatan begitu gembira bila melihat diraut wajah mereka.

Sementara bagi calon-calon yang tewas dalam pemilihan tersebut orang  beranggpan  mereka adalah menerima nasib malang kerana tidak berjaya untuk mengekalkan atau merampas kerusi-kerusi yang selama ini menjadi idaman kalbu di hati mereka tetapi  hasrat tidak kesampaian.

Sementara bagi mereka yang tewas atau kalah  rasa tidak puas hati atas kemenangan seseorang lantas mereka marah, ada yang mengadakan demonstrasi secara aman untuk memprotes atau menbantah bahawa kemenangan  jawatan Ketua Bahagian itu tidak sah ada timbul unsur-unsur penipuan .
  
Perkara  mahupun insiden sebegini  jelas menjadi bahan ejekan dan olokan  kepada parti-parti pembangkang kerana mungkin akan berlakunya keretakan sehingga menjadi perpecahan di kalangan semasa sendiri.

Dalam hal ini sepatutnya pucuk pimpinan parti seperti Presiden UMNO memberikan nasihat kepada ahli-ahli  yang kalah harus menerimanya dengan hati yang terbuka lagipun pertandingan ini dalam kekeluargaan UMNO atas seruan pucuk pimpinan parti yang membolehkan seluruh ahli UMNO di dalam negara ini   bertanding apa saja jawatan yang difikirkan sesuai dan tidak melanggar peraturan-peraturan pihak Lembaga Disiplin UMNO.

Apapun kita sama-sama lihat dan tunggu keputusannya sama ada mereka yang memprotes itu menemui  jalan kejayaan satu tersangkut  dan tersadai tengah-tengah jalan.




No comments:

Post a Comment