Sunday 20 October 2013

TAHNIAH SHAFIE DAN SAMSUDIN ATAS KEMENANGANMU.....MARLINAH


ADMIN                                                                                                        SHARE (F)

OLEH: SHAIMON S JUMADI



BATU SAPI:- Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Marlinah Mustapha mengucapkan tahniah dan  syabas kepada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya yang memenangi semula jawatan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi dalam pertandingan satu lawan satu malam tadi.

 
Samsudin yang dicabar oleh Mustapha Talib berjaya mengekalkan keduduknya sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu sapi bagi sesi 2013-2016.


"Saya telah menjagakan bahawa  Datuk Sam dalam pertandingan tersebut satu lawan satu saah satu sebab rakyat dan ahli-ahli UMNO Batu Sapi masih setia kepada kepimpinannya untuk terus menerajui UMNO di Batu Sapi.

 Begitu juga saya bagi pihak UMNO Batu Sapi mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Datuk Shafie Hj Apdal atas kemenangannya bagi mengekalkan dua jawatan iaitu Naib Presiden UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian UNO Semporna bagi sesi 2013-2016" ujarya.

 Kata Marlinah kedua-dua pemimpin tersebut antaranya  Samsudin dan Shafie masing-masing mempunyai ketokohan dalam pimpinan untuk memajukan dan memantabkan perjuangan  UMNO  demi anak  bangsa dan, agama dan negara.
 


No comments:

Post a Comment