Sunday, 20 October 2013

PEMILIHAN AJK UMNO ADA YANG TENANG ADA YANG KECOH?





ADMIN....SHARE





 DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI



PEMILIHAN jawatan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua  sehingga ke jawatankuasa Bahagian UMNO Semporna yang diadakan di Dewan Masyarakat Semporna nampaknya berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang kekecohan di kalangan para calon dan perwakilan yang sebagai penentu kepada nasib calon-calon yang bertanding.


Saya berada selama tiga hari dua malam di Semporna telah mengkuti perkembangan UMNO sehingga kelmarin tanggal 19 Oktober 2013 sebagai hari keramat untuk penentuan menang  atau kalah telah menyaksikan pertandingan memang agak sengit dan panas.

Di mana penyandang kerusi Ketua Bahagian UMNO Semporna Dato Seri Hj Mohd Hj Apdal ditentang oleh dua pencabarnya iaitu Datuk Hj Herman Mohamed dan Nekson Hj Abdul Habi  dan diramakan Shafie akan dapat  mengekalkan kerusinya Ketua Bahagian UMNO Semporna bagi sesi 2013-2016.

Sementara Datuk Ramlie Marhaban yang bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna ditentang oleh Datuk Hj Nasir Tun Sakaran mereka ini sama-sama hebat kerana masing-masing ada ketokohan dalam  kepimpinan.

Seramai 2,100 perwakilan yang membabitkan 480 cawangan adalah  penentu  kemenangan kepada calon-calon yang bertanding bayangkan seramai 106 calon AJK Bahagian sedangkan yang dipertandingkan hanya 20 saja .

Saya belum mendapat apa-apa maklumat dari Semporna siapa kalah siapa menang dan sedang menanti.

Manakala  pemilihan UMNO Bahagian Batu Sapi yang saya mendapat maklouman terperinci  ini pula berlakunya kekecohan sehingga timbul pergadohan mungkin  para perwakilan rasa tidak puas hati dan Free Sandakan Today belum mendapat berita daripada bahagian tersenut  mengenai keputusan menang atau kala


Kelmarin saya juga banyak menerima panggilan dari Sandakan yang menyatakan pemilihan UMNO Bahagian Sandakan juga kecoh dan dikhabarkan pemilihan tersebut ditangguh atas-atas sebab tertentu





CALON dan perwakilan Jaffar Mohd, Hj Mohd Hisham dan Mohd Saifullah

No comments:

Post a Comment