Tuesday 15 October 2013

AU RASMI HARI GRADUASI DAN PRAUNIVERSITI SMK MUHIBBAH 2013





 Admin..                                                                                     
 











ALBUM KENANGAN....Au  bergambar bersama Guru dan Pelajar Cemerlang

 OLEH: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah berkata pelajar hari ini merupakan generasi yang akan membangunkan negara pada masa hadapan tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh pelajar adalah amat besar.

Justeru, pelajar mempunyai tanggungjawab yang besar bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga malah lebih daripada itu. Maju atau mundur sesebuah negara dapat dilihat melalui peningkatan dalam pencapaian akademik sesebuah negara.

Au berkata untuk mencapai matlamat ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menjenamakan semula tingkatan 6 agar pendidikan Pra-Universiti lebih segar dalam mencorak dunia pendidikan dan pelajar di hadapan saya ini merupakan kohormatan pertama bagi sistem ini.

Au berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kecemerlangan Korikulum dan Hari Graduasi Prauniversiti SMK Muhibbah 2013 di sini kelmarin.










SIJIL...Au menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang
  
Au berkata melalui system ini,  tambah Au pelajar  para perlu menjalani tiga siri peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan perlu menlaksanakan kerja projek atau lebih dikenali sebagai sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
“ Malah pelajar-pelajar turut diberi peluang untuk memperbaiki mana-mana mata pelajaran yang lemah melalui peperiksaan ulangan. Saya yakin dengan pelaksanaan system ini pelajar akan lebih berpengetahuan, berkemahiran malah pembentukan jati diri dari aspek kepimpinan, pengurusan masa dan disiplin akan semakin meningkat. Semua ini turut disokong melalui aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar.

Saya juga  difahamkan, setiap tahun pelajar Pra-Universiti terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat, ini menunjukkan penglibatan pelajar terhadap komuniti setempat. Selain itu terdapat juga beberapa orang pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan yang mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan dalam sukan hoki dan boling”ujarnya Au.

Beliau menjelaskan pelajar-pelajar hari ini tidak mempunyai pilihan lain selain melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran insaniah bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar.   Pengetahuan dan kemahiran amat penting bagi membolehkan pelajar-pelajar setaraf dengan negara – negara maju yang lain.

“Manakala kemahiran insaniah amat penting bagi menjadikan pelajar memiliki sifa tkepimpinan, daya saing, kesabaran, kejituan dan kerajinan serta banyak lagi. Kedua-dua elemen ini perlu hadir secara seiring barulah kejayaan akan dikecapi.  Kita tidak mahu melahirkan para cerdik pandai tetapi merosakkan bangsa sendiri dengan terlibat dalam jenayah kolar putih seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita mahu pelajar kita mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa” tegasnya 

Katanya lagi para pelajar perlu rasa bersyukur dan bertuah berada di bumi Malaysia yang mana pemimpin negara ini mengutamakan bidang pendidikan. Hal ini terbukti melalui 6 bidang keutamaan negara meletakkan pendidikan sebagai satu agenda utama. Tidak seperti negara mundur lain seperti di Myanmar, kebanyakan pelajar berusia 7 hingga 17 tahun terpaksa berhenti sekolah dan menjadi buruh kanak-kanak.

Terang Au lagi malah ada negara yang pelajarnya perlu berebut-rebut untuk mendapat tempat di sekolah malah mungkin terpaksa membayar segala keperluan untuk belajar berbanding Malaysia, saban tahun terdapat sahaja bantuan kerajaan bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia.  Contohnya pemberian note book 1 Malaysia, baucer buku 1 Malaysia dan banyak lagi intensif kerajaan yang lain kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment