Friday 25 October 2013

MEMOHON BILANGAN PEKERJA PEMBERSIHAN DITAMBAH SK TELUPID



 Written by Admin

Surat terbuka kepada pengang


Terlebih dahulu saya  memohon jasa baik pihak Editor untuk memberikan ruang bagi menyiarkan  kelihatan hati ini di portal Sandakan Today untuk tatapan pihak-pihak yang tertentu

Sebagai makluman tuan,bangunan SK. Telupid yang baru telah digunakan sejak Oktober 2012 dan digunakan sepenuhnya dalam masa yang terdekat. Penambahan pekerja kebersihan adalah sangat diperlukan untuk menampung keperluan bangunan baru ini yang besar dan luas iaitu terdiri daripada bangunan 3 tingkat sebnyak 4 blok, mempunyai 59 buah kelas dan bilik khas termasuk

Pejabat Pentadbiran, Pejabat Guru, Perpustakaan, Surau,Ruangan Serbaguna,Pusat Akses, Kantin, Bilik Pergigian/Kesihatan, Bilik Sains, Bilik Pengurusan Ko-Kurikulum, Bilik Pengurusan Sukan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Matematik, Bilik pendidikan Seni, Bilik Persalinan, Bilik Muzik, Bilik Pengurusan Peperiksaan,Bilik Bimbingan & Kaunseling, Stor dan Bilik Pemulihan Khas. Selain daripada itu, sekolah yang baru ini juga mempunyai sebuah dewan yang besar, sebuah prasekolah, satu blok bangunan rumah guru dan sebuah padang. Keluasan tapak bangunan ini adalah 5.25 ekar.


Oleh itu, pihak kami memohon agar bilangan pekerja kebersihan ditambah mengikut keperkuan bangunan tersebut. Pekerja kebersihan yang sedia ada  hanya 3 orang sahaja, tidak dapat menampung perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawsan sekolah baru yang besar dan luas ini.

Di atas pertimbangan tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Daripada
Gila-Gila Remaja Telupid


No comments:

Post a Comment