Monday, 21 October 2013

EMPAT TOKOH PEMIMPIN UMNO BERJAYA MENGGONDOL SEMULA KERUSI- MASING-MASING



ADMIN......SHARE

DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI

DALAM kesempatan ini saya sebagai Sub Editor, bagi pihak krew-krew, pihak pengurusan dan pentadbiran Free Sandakan Today mengucapkan tahniah dan syabas kepada empat  orang Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon, Ketua Bahagian Batu Sapi YB Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ketua Bahagian  UMNO Kinabatangan YB Datuk Bung Muktar Raden dan Ketua Bahagian UMNO Beluran YB Datuk James Ratib atas kemenangan mereka untuk mempertahankan semula kedudukan masing-masing sebagai Ketua Bahagian UMNO bagi sesi 2013-2016.

Dengan kemenangan tersebut semoga keempat-empat ketua Bahagian UMNO yang dimaksudkan itu dapat menguatkan lagi perjuangan UMNO khususnya untuk membantu ahli-ahli UMNO sehingga ke akar umbi dalam pelbagai aspek.

Yang kalah haruslah menerima hahikat dan lupakan saja segala keretakan yang berlaku semasa kempen pemilihan tersebut perpecahan yang berlaku seketika itu satukan semula hapuskan kelompok-kelompok dan  team A, B dan C berpuak-puak itu dan  ini adalah adat pertandingan kalah dan menang memang sudah jadi lumrah  alam.

No comments:

Post a Comment