Monday, 14 October 2013

KERANA DISOGOK WANG ADA PERWAKILAN YANG TELAH HILANG ALA TUJU..SAHARI AHMAD




Admin..Share


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Calon nombor 03 jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Sahari Ahmad memperingatkan kepada para perwakilan UMNO Sandakan  jangan kerana wang yang diambur oleh calon-calon yang bertanding telah hilang arah dan  ala tuju untuk memilih pemimpin yang dinamik untuk perjuangan masa hadapan.

Ini jelas terdapat beberapa orang bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian UMNO  di beberapa  kawasan telah banyak mengambur duit kepada para perwakilan dengan tujuan untuk membeli undi untuk mendapat sokongan ada yang membelanjakan hampir setuja ringgit  akhirnya apa sudah   terjadi bila sampai masanya orang yang sudah mengekuarkan duit-duit beratus-ratus ribu ringgit  akhirnya tumpas juga.

Kita sebagai calon jangan terlalu yakin bahawa perwakilan yang condong kepada kita mereka adalah pengundi setia disebaliknya mereka mencari kesempatan dalam kesempitan kerana mereka tahu calon ini suka mengabur duit dengan tujuan untuk meraih undi daripada perwailan  dalam konteks ini kita kena perhati-hati mainan perwakilan ini" katanya.

Tambah Sahari gara-gara politik wang  mereka sudah hilang pedoman hidup  untuk memilih  seorang jadi pemimpn tidak kira siapa mereka ketua samseng kah atau yang digelar sontoloyopun layak jadi pemimpin nombor 1 dalam bahagian yang penting sorang itu kaya raya senang di bodek .
Dalam hubungan ini saya mengucapkan Selamat Hari Rayua Aidil Adha kepada kaum muslimin dan muslimat marilah nkita menyabut sama-sama perayaan ini dengan hati yang gembira  dan penuh ketakwaan.














No comments:

Post a Comment