Tuesday, 22 October 2013

KEMENANGAN KETUA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN TIDAK SAH DAKWA.....SAHARI



Written by admin

OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang dilangsungkan pada 19 Oktober 2013 serentak diadakan seluruh negara yang merupakan hari keramat kepada calon-calon yang bertanding untuk menentukan nasib mereka sama ada kalah atau menang adalah satu penantian.

Di Sandakan di mana UMNO Bahagian itu telah mengadakan pemilihan yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel telah menyaksikan seramai  241 perwakilan yang membabitkan 54 cawangan UMNO Sandakan  dan keputusannya pula bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan bagi sesi 2013-2016 jatuh kepada  penyandangnya Tan Sri Hj Ampong KK Puyon telah meraihkan kemenangkan dengan  memperoleh undi sebanyak  199 dan pencabarnya Datuk Awang Sham  hanya  mendapat  30 undi, Sahari Ahmad 8 sahaja.

Di pihak yang kalah mereka rasa tidak puas hati  atas keputusan tersebut  seramai 20 perwakilan  mereka telah mengadakan demonstrasi secara aman khususnya  untuk memprotes keputusan tersebut yang didakwa ada timbul unsur-unsur penipuan  dalam pemilihan tersebut.

Sahari Ahmad memberitahu kepada pihak Free Sandakan Today mendakwa bahawa  jumlah undi yang berada di dalam peti  undi ialah sebanyak 252 sedangkan perwakilan yang sah mengundi  seramai 241 undi dari mana datangnya 11 undi itu.

“Saya telah mendapat info dari awal-awal lagi bahawa  beberapa yang diberi tanggungjawab untuk melaksanaan pengiraan undi yang didatangkan dari Tawau dan Balong  mereka tidak jujur dan tidak amanah dan mereka bersekongkol melakukan penipuan tersebut” dakwa Sahari.

 “Seandainya bantahan ini tidak diambil tindakan oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO saya tiada pilihan lain melainkan melaporkan kes ini kepada pihak  Pendafataran Pertubuhan (ROS)  agar kes ini di bawa pihak pengadilan dan seterusnya ke mahkamah biarlah undang-undang saja yang menentukan nasib mereka” tegasnya.


DEMONSTRASI......200  Perwakilan tidak puas hati dengan keputusan tersebut mereka mengadakan demontrasi bagi membantah

No comments:

Post a Comment