Tuesday, 22 October 2013

AMARAN JANGAN HINA NGO...PRIBUMIS





Written by Admin

DARI MEJA PENERANGAN PRIBUMIS
 OLEH SYED KAMAL
 
NON-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan.Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.

Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan. Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.

Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2012. Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan.


 Ketakutan yang lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat. Mereka bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak

No comments:

Post a Comment