Thursday, 17 October 2013

RAMLEE DAN NASIR SAMA-SAMA KUAT DAN BERPENGARUH

Admin....



OLEH: SHAIMON S JUMADI


SEMPORNA:- Pertandingan satu lawan satu jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna penyandangnya Datuk Hj Nasir Tun Sakaran  dan pencabarnya Datuk Hj Ramlee Marahaban memang sengit kerana mereka berdua mempunyai ketokohan  masing-masing.


Kedua-dua calon ini agak sukar diramal kerana sama-sama kuat sama-sama mempunyai taring apapun  sebagai titik penentuan siapa jaguh siapa hebat  ia bergantung ke atas kebijaksanaan 2100 perwakilan membabitkan 480 cawangan yang menentukan nasib mereka untuk membolot atau mengekalkan jawatan kerusi Timbalan Ketua Bahagian yang sedia ada.

Mohd Saifullah Minggu, Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air 1, menyatakan demikian kepada Sub Editor Free Sandakan Today malam tadi.

"Dengan ikhlas saya katakan saya tidak berpihak mana-mana calon samaada Datuk Ramlee atau Datuk Nasir. Apa yang kita harapkan perrwakilan harus bijak memilih di antara satu calon untuk membolot kerusi yang dipertandingkan", ujarnya.

Saifullah berkata semoga pertandingan ini yang dijalankan secara kekeluargaan dalam UMNO tidak timbul sebarang perpecahan sekiranya di antara satu calon menang atau kalah anggaplah itu adat pertandingan.

Tanggal 19 Oktober ini adalah hari keramat titik tolak penentuan kepada calon-calon yang bertanding untuk mementukan nasib mereka terpilih atau sebaliknya. Yang kalah harus menerima hakikat, yang menang diucapkan syabas dan tahniah dan teruskan perjuangan untuk membela nasib ahli-ahli UMNO, jelas Saifullah.

Sementara ahli biasa UMNO yang dikenali Mustafa Musa berpendapat sama Nasir dan Ramlee mempunyai ketokohan masing-masing dalam menerajui kepimpinan parti dan kerajaan harus diberi peluang antara satu sama yang lain.

No comments:

Post a Comment