Friday 18 October 2013

BERI KEMENANGAN KEPADA AMPONG,AWANG KADIN DAN ALIPUDIN



Admin


SHAIMON S  JUMADI





SANDAKAN:- Calon nombor 01 Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Awang Kadin Hj  Asrat Tang yang ditentang oleh pencabarnya  Hj Andi Jakaria Palawong, Ishak Apok dan Abdul Hamid Sabal akan memperoleh kemenangan dengan mudah untuk menewaskan  pencabarnya.

Awang Kadin sebelum ini adalah memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan dan juga Ketua Pemuda UMNO Sabah yang telah banyak menyumbangkan bukan sahaja tenaganya bahkan wang ringgit untuk kepentingan perjuangan UMNO.

Sub Editor Free Sandakan Today dalam tinjauan rambang dan mendapat risikan daripada para perwakilan seramai 318 yang membabitkan 57 cawangan 80 peratus mereka condong kepada Awang Kadin ini berdasarkan beliau adalah line up atau link kepada Tan Sri Ampong dan Datuk Hj Alipudin.

Dari itu sekiranya ahli-ahli UMNO Sandakan mahu perubahan besar dalam pelbagai aspek maka jangan lupa para perwakilan harus bijak memilih dan mempastikan kemenangan  ketiga -tiga calon iaitu Tan Sri Ampong bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian, dan Awang Kadin Timbalan Ketua Bahagian dan Datuk Alipudin sebagai Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan bagi sesi 2013-2017.

Sebagai  Wartawan yang baru saja dinaikan pangkat sebagai Sub Editor (Pembantu Pengarang)  kepada Free Sandakan Today meramalkan bahawa ketiga-tiga calon yang mempunyai ketokohan kepimpinan akan mudah menggondol ketiga-tiga kerusi berkenaan yang menjadi rebutan  dan impian akan menjadi kemenagan.

Ini jelas di mana Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian UMNO Sandakan tajaan Ampong Puyon begitu memperoleh kejayaan khususnya bagi menggondol kerusi-kerusi yang menjadi impian dan idaman mereka.






No comments:

Post a Comment