Sunday 20 October 2013

SHAFIE MENANG NAIB PRESIDEN DAN KETUA BAHAGIAN UMNO SEMPORNA...SAIFULLAH





ADMIN....SHARE


OLEH SHAIMON S JUMADI
Foto  SAFFIE S JUMADI

"SAYA Muhamad Saifullah Minggu Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 mengucapkan tahniah dan Syabas atas kemenangan Datuk Hj Mohd Shafie Hj Apdal bagi mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO Malaysia dan juga berjaya merampas semula kerusi Ketua Bahagian UMNO Semporna pada pertandingan malam tadi yang dicabar oleh Datuk Herman Mohamed dan Nexon Hj Abdul Habi dengan mejoriti undi lebih 1000 yang membabitkan 2,100 perwakilan daripada 480 cawangan UMNO Semporna

Dan saya bagi pihak UMNO Semporna mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan dari seluruh Sabah dan Malaysia  kerana telah memberi mandat semula kepada Datuk Shafie untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO bagi mewakali negeri Sabah, kemenangan Datuk Shafie adalah kemenangan warga Sabah dan penduduk Semporna.

Bercakap kepada Free Sandakan Today sebentar tadi  menjelaskan kemenangan Shafie memang dari awal-awal lagi diramalkan menang ini mereka telah mengambil kira dari beberapa sudut antaranya kepimpinannya masih lagi diperlukan bukan saja diperingkat negeri, bahkan diperingkat nasional.

Datuk Hj Nasir Tun Sakaran atas kejayaannya bagi mengekalkan kedudukannya semula  sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna bagi tenpoh tiga tahun lagi.

Yang kalah harus menerima hakikat jangan kecil hati teruskan perjuangan demi bangsa agama dan tanah air" ujar Saifullah.





No comments:

Post a Comment