Saturday, 19 October 2013

KUCING JELMAAN DAN BALAN-BALAN (BAL-BALAN)

DARI KAMAR SERAM
SHAIMON S JUMMADI

KUCING berbulu hitam pada keseluruhan tubuh badannya dikatakan boleh membawa malapetaka jika tersilap hari bulan.
Menurut cerita orang tua-tua di era 50-an, kucing hitam atau disebut ‘Kucing Janggi’ jika melompat melangkah mayat (Orang Mati), mayat tersebut boleh bangkit dan kemudian merobek-robek tubuh badan manusia dan setelah itu melarikan ke hutan menjadi hantu Jerangkong, sebagaimana yang diadaptasi ke dalam wayang 

‘Hantu Jerangkong’ lakonan Datuk Aziz Satar.
Sama ada cerita ini benar atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kerana sejak saya lahir pada 1954 sehingga kini, belum pernah berlaku kejadian tersebut di Sandakan, entahlah kalau tempat lain.
Memang sudah menjadi lumrah masyarakat kita, setiap kali ada orang meninggal dunia, mayat tersebut mesti dijaga semalaman kerana bimbang dilangkahi kucing hitam dan bimbang mayat tersebut dirasuk syaitan atau dimakan oleh balan-balan (sejenis hantu).

Berkisar mengenai cerita Balan-Balan, ia berasal dari manusia biasa yang bertukar menjadi siluman. Terdapat dua jenis balan-balan iaitu kalau berjalan di waktu malam untuk mencari mangsanya dengan badan-badannya sekali, berbeza dengan yang satu lagi yang dinamakan sebagai Penanggalan.

Penanggalan pula hanya keluar di waktu malam, biasanya bermula jam 8.00 malam dengan meninggalkan tubuhnya di satu tempat dan hanya kepala serta isi perutnya yang terbang terawang-awang mencari mangsa sebelum matahari terbit.
Balan-Balan atau Penanggalan bukan spesis hantu atau jin; tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam sehingga turun temurun.
Balan-Balan dan Penanggalan pernah ditemui di Kampung Pampang, yang dihuni oleh kaum Kagayan di Batu 10, Jalan Sungai Batang sehingga kampung berkenaan dinamakan Kampung Bal-balan sebelum kerana menjadi sarang dan lubuk persembunyian 
  
Menurut cerita orang daripada suku kaum inilah memang 20 peratus adalah keturunan Balan-Balan, yang suka menghisap darah orang beranak (bersalin) dan juga suka memakan mayat.

Bagaimanapun setelah Kampung Pampang dihuni oleh pelbagai kaum termasuk Suluk, Bajau, Jawamapun, Tidung dan sebagainya, kisah Balan-Balan tersebut mula lenyap, namun bagi penduduk asal kampung berkenaan, banyak misteri yang bermain di fikiran mereka, terutama ketakutan yang bersarang di hati pada waktu malam kerana bimbang diserang Balan-Balan.

Namun kisah seorang jururawat keluar taring (siung) di mulutnya apabila terlihat darah yang berlaku di Hospital Besar Tawau sekitar tahun 1982 dijaja dari mulut ke mulut sehingga ke Semporna, Lahad Datu dan akhirnya sampai ke Sandakan, namun akan diceritakan di episod akan datang.

No comments:

Post a Comment