Sunday 27 October 2013

THE ART STUDIO PUSAT TEMPAT KANAK-KANAK BELAJAR MELUKIS...WONG

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- The Art Studio yang terletak di Lot 21 Blok 2, Tingkat 1 Bandar PrimaSquare Jalan Litas Utara KM. 7.8 dekat sini adalah merupakan pusat  pendidikan khususnya tempat kanak-kanak melukis pelobagai jenis lukisan sama ada pemandangan mahupun gambgar-gambar karton.

Free Sandakan Today yang berkesempatan menemuramah Pengurus pusat tersebut Steve Chong antara lain menjelaskan tujuan pusat tersebut dibuka adalah untuk mendidikan dan mengajar kepada kanak-kanak yang cenderong  dan meminati dalam aspek seni lukisan  seperti "To learning Colour Pencil . Crayon, Basic Drawing and Handcraft.
.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong telah merasmikan  pembukaan Pusat tersebut dalam ucapannya menjelaskan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 13 tahun  yang berminat dalam seni lukisan haruslah diberikan peluang untuk mereka mempelajari melukis di pusat ini bilamana mereka dewasa nanti mereka  boleh menjadi seorang pelukis yang terkenal sehingga membuka perniagaan sendiri dalam percetakan khususnya  dalam membuat  banner dan papan tanda.

"Saya berharap para ibubapa agar dapat  menghantar anak-anak mereka yang cenderong dan minat dalam mempelajari melukis di pusat ini" ujarnya

Wong selanjutnya memuji usaha murni  seorang anak muda yang berwasan tinggi iaitu Chong kerana berjaya membuka perniagaan seumpama ini yang menjurus untuk menimba ilmu dalam seni lukisan kepada masayarakat setempat





No comments:

Post a Comment