Saturday, 12 October 2013



GEJALA POLITIK WANG  SUDAH MENJADI TREND DAN BUDAYA..HJ JAKARIA

                                                           Hj Andi Jakaria Palawong

OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-  Calon  Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan nombor 02 Hj Andy Jakaria Palawong  (gambar) berkata  disebabkan politik  wang sebahagian para perwakilan sudah hilang ara dan ala tuju untuk menjaga hak asasi kerana telah dibeli undi oleh calon-calon yang bertanding.

Gejala sebegini sudah menjadi trend dan budaya dimana politik wang seperti sudah dihalalkan walaupun pihak Lembaga Displin UMNO telah menetapkan garis panduan dan undang-undang yang ketat tetapi para calon yang bertanding jawatan Ketua Bahagian, Timbalan dan naib terus mengambur wang kepada perwakilan dengan tujuan untuk meraih undi bagi memastikan kemenangan masing.masing.

"Saya rasa kesal kenapa fenomena sebegini terus berlaku kenapa pihak Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam kes ini: tegasnya kepada wakil Sandakankini.Today.

Hj Andy mempertikaikan hal ini kerana banyaqk menerima aduan terdapat pemimpin kanan UMNO yang bertanding telah menggunakan wang sebagai umpan untuk meraihkan kemenangan tanpa rasa takut terhadap undang-undang yang sedia ada.

 


No comments:

Post a Comment