Saturday, 12 October 2013

JAWATAN KETUA BAHAGIAN DAN WANITA UMNO SANDAKAN JADI REBUTAN

OLEH:- SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pertandingan perebutan Jawatan kerusi Ketua Bahagian UMNO Sandakan penyandangnya Tan Sri Ampong KK Puyun yang ditentang oleh Timbalannya Datuk Awang Sham Amit dan Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Sandakan semakin sengit dan kedai kopi mamak adalah tempat persinggahan para perwakilan untuk membuka topik cerita siapa sokongan siapa.

Wartawan Borneo Insider yang terus mengikuti perkembangan senario politik UMNO Sandakan yang jelas sekarang di mana Ampong dan Awang Sham adalah antara calon yang terkuat masing-masing banyak sokongan tanggal 19hb Oktober ini adalah penentuannya siapa yang berjaya menggondol kerusi taktah Ketua Bahagian UMNO Sandakan untuk sesi 2013-2017 kita lihat sama-sama keputusannya.

Sementara Jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan penyandangnya Asnah Hj Tahlil calon nombor 01 yang ditentang oleh mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan calon no 02 Noraini Sulong begitu juga sengit masing-masing mempunyai pengaruh yang kuat daripada perwakilan wanita.

Perkembangan terbaru senario perjalanan politik Wanita UMNO Sandakan menurut sumber-sumber yang diperoleh daripada beberapa perwakikan Wanita UMNO Sandakan yang tidak mahu namanya disiarkan diportal ini menjelaskan di mana seramai 318 orang perwakilan daripada 53 buah cawangan enam saja cawangan yang condong dan masih setia dengan Asnah manakala 312 perwakilan lainnya sudah berpihak kepada Noraini .

Enam buah cawangan Wanita tersebut yang masih setia dengan kepimpinan Asna ialah Cawangan Sharifah Jaleha, Hjh Nora Hj Awang, Siti Nikmah Jamal, Hjh Ainah Amit, Kasmah Jafar dan Salbiah Harun mereka ini adalah orang-orang terkuat kepada Asnah.

Hanya tinggal dua hari saja untuk melihat nasib Asnah mampu kah dia mempertahankan kekdudukannya sebagai Ketua UMNO Wanita Sandakan untuk tempoh 2013-2017 dilihat daripada teropong ajaib orang yang menentang Asnah untuk merebut kerusi Ketua Wanita UMNO orangnya bukan calang-calang juga kerana mempunyai pengaruh dan sokongan kuat daripada 47 cawangan yang merupakan sebagai titik penentuan nasib Noraini pada 12 Oktober ini.

Wartawan Borneo Insider difahamkan pusat tempat pembuangan undi untuk Wanita akan diadakan di ruang legar Masjid Daerah Sandakan pada Sabtu ini wakil Borneo Insider akan berada di sana nanti untuk liputan media dari awal sehingga pengundian selesai jalankan.
(4 photos)
 


 

No comments:

Post a Comment