Saturday, 12 October 2013

SOKONGAN MELAYU KEPADA DAP SEMAKIN MANTAB










TERIMA KASIH....Salah seorang peserta pertandingan Nyanyian telah menerima hadiah kemenangan  yang disampaikan oleh Jimmy Wong MP Kota Kinabalu



OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sokongan orang-orang Melayu khususnya masyarakat  Bumiputera di Sabah khasnya di daerah Sandakan terhadap perjuangan Parti Tindakan Demokratk (DAP)  pada hari ini semakin ramai yang menjadi ahli DAP berbanding sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13).

Ini jelas  memperlihatkan kematangan daya memikiran dan minda terbuka masyarakat  Bumiputera di negeri ini semakin  berubah lebih jauh berbanding ditahun-tahun yang sudah dan mereka kini telah menerima perjuangan parti DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum  di negara ini berpaksikan perjuangan untuk membela nasib rakyat   tidak mengira keturunan kaum, agama dan fahaman idologi yang berbeza.

Pengerusi DAP Sandakan yang juga selaku Ahli Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong berkata  demikian ketika berucap dimajlis sambutan Perayaan Pesta Kuih Bulan 2013 anjuran   DAP Sandakan

Wong berkata selepas  PRU 13 selesai selang dua bulan ramai di kalangan masyarakat Melayu/Bumiputera di daerah ini beramai-ramai telah menyertai parti DAP yang setakat ini telah mempunyai tiga cawangan yang dipimpinan oleh kaum bumiputera di tiga buah kampung.


 “Saya sebagai Ahli Parlimen kawasan Sandakan yang telah dipilih oleh rakyat, datang daripada rakyat  kita kembali  rakyat dan  terus berkhidmat kepada rakyat untuk membantu bagi menyampaikan hasrat  dan kehendak-kehendak  rakyat kepada kerajaan dalam pelbagai sudut  untuk diambil  tindakan” ujar Wong.

Kata Wong lagi tujuan  DAP  menganjur Perayaan Pesta Kuih Bulan bukan hanya menjadi adat resam budaya masyarakat cina bahkan ia menjurus untuk mewujudkan siratulrahim dan hubungan mesra antara satu sama lain tanpa mengira  faham idologi yang berbeza agama dan budaya.

Perayaan Pesta Kuih Bulan 2013 yang diadakan diperkarangan Pejabat DAP di Bandar Litad dekat sini malam tadi telah mendapat sambutan yang meria lebih 1000 masyarakat  setempat yang berbilang kaum telah menghadiri pesta  tersebut  dengan dihiasa pelbagai progam.

Sebagai pengisian program  pesta tersebut selain pertandingan Tanglong   pertandingan nyanyian juga turut dipersembahkan dan turut hadir sama pada majlis itu ialah  Pengerusi DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong dan lain-lain pemimpin kanan parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment