Saturday, 12 October 2013

KEMELUT LDP TIADA KESUDAHANNYA MUSA DAN NAJIB HARUS CAMPURTANGAN








OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sepanas panasnya  pertandingan rebutan jawatan Ketua-Ketua Bahagian UMNO sehingga ke jawatankuasa Bahagian tetapi tidak sesengit  Parti Libaral Demokratik (LDP)  yang terus bertelaga bertikam lidah  sesama  sendiri  hingga berlakunya perpecahan.

Yang menjadi sasaran utama dalam kepimpinan LDP ialah Presidennya Datuk Liew Vui Keong yang terus mendapat kecaman yang bertubi-tubi  oleh  kalangan para pengikut Datuk Teo Chee Kang dan Datuk Chin Su Pin.

Ini jelas menunjukkan  VK Liew sudah tidak selesa duduk dikerusi empuk  presiden  kerana terus dicabar agar meletakan jawatan atau berundur  dengan rela hati dengan penuh hormat kerana kubu  mahupun benteng  VK Liew sudah tidak kuat seperti dulu kerana bala tenteranya sudah berpaling tadah dan memihak Teo dan Chin.

Seorang ahli LDP  Karamunting yang hanya dikenali Jimmy Wong 60 yang tidak mahu dirakam gambarnya ketika ditemui oleh  Sandakankini Today   petang kelmarin  menjelaskan kemelut LDP yang agak sukar diselesaikan ekoran VK Liew keras hati dan menunjuk belangnya tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai presiden LDP walaupun mendapat tentangan dan cabaran  ini punca kecehon dan lain-lain ahli diperingkat akar umbi menjadi panik dan bingung yang mana satu pemimpin LDP yang harus menjadi pilihan seterusnya.


Wong menambah  krisis dalaman parti  ini bermula sebelum menjelangnya pilihanraya umum kie 13 (PRU 13) lagi tetapi tidak begitu ketara sekali antara salah  satu sebab  takut kemelut ini  diketahui oleh pucuk pimpinan nombor satu di Negeri Sabah khususnya Pengerusi Bariasan Nasional (BN) Saah Datuk Seri Musa Hj Aman.

“Saya sebagai ahli LDP  sejak ditahun 1989 lagi sehingga ke hari ini ingin menjelaskan  krisis  mahupun kemelut dalaman yang melanda  parti LDP tiada kesudahan  satu demi satu terus bergolak sehingga beberapa pemimpin ulung iaitu  Datuk Kong Hong Ming dan  Tan Sri Chong Kah Kiat terpaksa mengundur diri  dan meninggalkan LDP kerana sudah tidak tahan  dengan mainan kotor segelintir pemimpin kanan LDP yang suka melaga-lagakan  antara satu sama lain dan akhirnya  berlakunya perpecahan sehingga terbentuknya  kumpuan A, B dan C dalam LDP” Ujar Wong.

Dalam hal ini  kata Wong  Datuk  Musa sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah dan Dato  Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai  Pengerusi BN pusat harus campurtangan untuk menyelesaikan kemelut  ini demi  kesejahteraan  ahli-ahli LDP yang turut menjadi mangsa keadaan dan fenomena yang berlarutan ini jelas menjadi bahan ejekan  dan dijadikan sentaja propaganda  kepada  parti-parti pembangkang untuk menhacurkan perjuangan LDP



 



No comments:

Post a Comment