Thursday 6 October 2016

RAKYAT LAH MENENTUKAN KEMENANGAN...


OLEH: SORAYA EGG
Khamis Oktober 06/2016

1.TERLALU banyak parti politik di Sabah, walaupun ini dibenarkan dalam demokrasi jangan sampai menjejas objektif pembangkang menghalang kekalahan BN.
Perlu diingat pilihanraya adalah menentukan senang atau susahnya kehidupan rakyat, jika tersalah pilih pemimpin dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

2.Sabah dibanjiri oleh parti politik yang layak bertanding dalam pilihanraya depan, namunpun kapastinya berlainan mungkin ada yang bertaraf kacau daun dan tidak kurang menjadi kuda tunggangan sebagai pemecah undi.

3.Sebaiknya rakyat wajib berhati hati jangan terpancing oleh parti parti yang berstatus tidak jelas halatuju dan tiada kemampuan untuk bersaing dengan barisan nasional dari segi jentera dan logistik parti.

4.Pengumuman United Sabah Alliance(USA) sedia bekerjasama dengan parti tempatan yang lain satu lagi kejayaan positif ke arah penyatuan parti tempatan dan semua pihak berharap kerjasama menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

5.Konsep pembangkang Sabah perlu berdasarkan kerjasama bertimbang rasa bukan menekan mana mana parti tempatan yang lemah terutama parti yang konsistan dalam politik terkecuali parti musiman hanya buka kedai semasa pilihanraya.

 Parti parti senior ini mungkin boleh diberi tawaran hanya bertanding sedikit kawasan atau dihadiahkan kursi Dun lantikan selaras peraturan yang sedia ada, seterusnya tawaran jawatan penting jika berjaya bentuk kerajaan.

6.Di antara pemimpin perlu memupuk saling mempercayai di antara mereka berganding bahu untuk melaksanakan aspirasi rakyat dan rakyat pastikan sokongan mereka kepada parti dan pemimpin yang benar benar komited.

7.Satu ketika dulu undang undang lompat dikuatkuasakan di Sabah akhirnya dibatalkan kerana bertentangan semangat berpersatuan sehingga lah UMNO berjaya menubuhkan kerajaan di Sabah hasil lompatan dua orang wakil rakyat dari PBS sehinggalah sekarang ini.

8.Walaupun amalan ini dibenarkan oleh demokrasi tetapi etika tidak mengizinkan, dalam konteks politik Sabah situasi ini seolah olah diterima pakai umpamanya DSP Lajim Hj Ukin  masih relevan dalam politik negeri yang digelar oleh penyokong UMNO "katak" adakah mereka sanggup jika mereka juga dikatakan mewarisi kerajaan KATAK?


9.Itulah asam garam politik bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal manikam".

No comments:

Post a Comment