OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Kurangnya
perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
khususbya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menangani permasalahan rakyat
telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat.
Ini jelas air yang melempah
ruah air dari tangki yang diletakan diblok 24 Taman Mesra sudah hampir dua
bulan sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh pihak MPS.
Dalam tinjauan Wartawan Free Sandakan Today ke lokasi tersebut telah melihat sendiri lempahan air
mencurah-curah jatuh daripada tangki yang ditelakan diatas bangunan tersebut ini merupakan satu
pembaziran dan telah dianggarkan air
yang tumpah dalam sehari mahu juga 5,000 liter.
Kata seorang penduduk blok
24 yang tidak mahu disebut namanya memberitahu perkara ini sudahpun berkali-kali
dilaporkan kepada MPS tetapi sehingga
kini belum ada sebarang tindakan dan
reaksi diambil untuk memperbaiki bebola tangki yang telah rosak dan menjadi
penyebab utama air melempah ruah.
“Sudahlah harga air telah
dinaikan 1000 liter RM 2.20 ini kah pula
berlakunya pembaziran yang bukan alang kepalangan” ujar penduduk.
No comments:
Post a Comment