Wednesday 8 July 2015

ARMANI DAN SAMSUDIN SAMPAIKAN SUMBANGAN RAYA 30 ORANG ANAK-ANAK YATIM





OLEH: SHAIMON S JUMADI

ALBUM KENANGAN....Ketua Wanita UMNO Negeri Armani bergambar bersama-sama anak-anak yatim

KOTA KINABALU:-Ketua Pergerakan Wanita Sabah Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin selaku Ketua Wanita  UMNO Negeri telah  menghulurkan sumbangan wang raya seramai 30 orang terdiri daripada golongan anak-anak yatim untuk keperluan menyambut hari lebaran yang semakin hampir.

HULUR SUMBANGAN PERIBADI....Terima kasih Datuk seorang anak yatim menerima ang paw raya daripada Samsudin



“Inilah satu salah tanggungjawab kita sebagai orang Islam selain kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini akan tetapi kita jangan lupa dimusim-musim bulan yang penuh keberkatan  ini harus banyak bersedekah kepada golongan yang  memerlukan terutama sekali anak-anak yatim dan juga warga emas ini juga satu ibadah yang dituntut Islam.” Kata Armani.


Tidak juga ketinggalan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya turut menyumbangkan pribadi kepada anak-anak yatim itu.


Ketua  Wanita Bahagian  UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah  yang turut menyaksikan upacara penyerahan   bantuan tersebut menyifatkan tindakan Ketua Wanita UMNO Negeri Datuk Armani dan ADUN Sekong Datuk Samsudin salah merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat sentiasa mengambil berat terhadap golongan anak-anak yatim dan juga kebajikan orang-orang tua.

Rahimah berkata semoga  dengan adanya bantuan demikian akan dapat menggembirakan  anak-anak yatin di suasana  menyambut hari raya ini.
  
“Kepada dua orang pemimpin iaitu Armani dan Samsudin memberikan sedekah kepada 30 orang anak-anak yatim semoga Allah SAW memberikan keberkatan  kepada mereka berdua mendapat pahala yang berlipat ganda dan dimurahkan rezeki Ujarnya…Amin.



No comments:

Post a Comment