Ucapan Perbahasan
oleh
Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang
Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:

Berikut teks ucapan
beliau yang dibentangkan semasa sesi sidang dewan parlimen baru-baru ini.



. Seperti
baru-baru ini saya telah mengunjungi kawasan Pitas dan membantu kampung-kampung
dalam Pitas dengan memberi sumbangan wang kepada mereka untuk membina jalan
yang berhubung dengan pekan berdekatan. Saya diberitahu bahawa kerajaan
telah berjanji kepada mereka bahawa jalan tersebut akan dibina pada tahun 1999,
sehingga kini telah 15 tahun limpas malah kerajaan telah berbohong selama 15
tahun, sehingga orang kampung kini melancarkan kempen dermaan untuk membina
jalan mereka sendiri.
. Tuan yang dipertua, bukankah pembinaan jalan kepada kampung adalah wajib dan tanggungjawab kerajaan? Sama juga membekalkan air dan elektrik merupakan satu kewajiban kerajaan yang paling asas?Kenapa ada kampung-kampung di Sabah sampai hari ini pun tidak menikmati hak-hak yang asas yang sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan? Ini menunjukkan kegagalan kerajaan yang haruslah diperbaikkan!
. Selain itu,
orang Sabah juga mengalami satu kesusahan seperti pendapatan yang rendah tapi
harga barangan yang lebih tinggai berbanding Semenanjung. Ini adalah kerana
dasar kabotaj telah menyebabkan tidak adil dan tidak seimbang bagi Sabah,
Sabah terpaksa membeli barangan yang lebih mahal kerana dasar kabotaj
telah mengehadkan penghantaran barangan dari luar negara ke Sabah.
. Kini polisi
kabotaj ini telah dijalankan di Sabah selama 30 tahun lebih, maka ia telah
menyebabkan kesusahan rakyat Sabah selama 30 tahun dan meningkatkan harga
barangan yang lebih mahal daripada Semenanjung. Bagi saya, ini adalah satu
dasar mengekploitasikan orang Sabah! Jangan demi beberapa pekapal yang
tertentu, korbankan seluruh rakyat sabah. Ini langsung tidak masuk akal!
. Saya ingin tahu
mahu sampai bila baru kerajaan sedar rakyat Sabah berhidup di bawah
kesengsaraan? Di samping itu, saya juga ingin tahu apakah status cadangan YAB
Timbalan Perdana Menteri yang telah berjanji untuk menubuhkan satu jawatankuasa
khas cabinet untuk meneliti dan mengkaji semula dasar kabotaj pada tahun
2012.Adakah janji itu telah dicapati?Mengapa Block Exemption Order telah
disambung 3 tahun lagi kepada pekapal-pekapal yang tertentu?Saya minta
penjelasan.
. Tuan yang
dipertua, oleh kerana harga barangan yang lebih tinggi di Sabah, maka Sabahan
akan membayar GST yang lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, ini telah
menyebabkan sistem cukai ini yang tidak adil kepada orang Sabah dan juga
mengekploitasikan Sabah yang kini sudah jatuh ditimpa tangga.

. Jika kerajaan
belum lagi mengatasi dua-dua masalah di Sabah maka orang
Sabah akan mengalami kesusahan yang lebih sengsara apabila GST
dilaksanakan. Ini tentu akan menyebabkan ketidaksamarataan antara
golongan kaya dan miskin, maka ketidaksamarataan antara timur dan barat
Malaysia akan diperluaskan.
Saya harap
kerajaan akan ambil maklum apa yang telah saya sebut tadi. Tuan yang
dipertua, Sebelum saya mengakhiri, saya ingin tegaskan sekali lagi di sini
bahawa saya harap laporan RCI hendaklah diumumkan sebelum penutupan sesi
parlimen ini dan saya harap parlimen akan memberi laluan untuk
membahaskan laporan tersebut.
Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment