Wednesday, 22 October 2014

MANA SUDAH LAPORAN RCI YANG DIJANJIKAN AKAN DIUMUMKAN RAKYAT TERNANTI-NANTI......WONG

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong Tian Fatt  menyelar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal memelihara perasaan  hati rakyat Sabah dan Sarawak banyak masalah-masalah yang kita telah hadapi dilupakan dan tidak pinggir begitu saja tidak pernah menunaikan janji-janjinya.

Wong berkata sebagai contoh yang terdekat iaitu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja  (RCI)  yang bertujuan untuk mengatasi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sampai ke hari ini tidak diumumkan  keputusannya sehingga rakyat bertanya-tanya bila kah agaknya keputusan RCI dapat diketahui.

“Saya mengingatkan dewan yang mulia ini bahawa YAB Perdana Menteri telah berjanji  bahawa laporan RCI  akan diumumkan sebelum PRU 13  dan jelasnya telah ditunda beberapa kali sampai kini kena-pa mengambil masa yang panjang untuk diumuman apa sudah terjadi? Adakah YAB Perdana Menteri memungkiri janji tidak melaporan keputusan RCI kepada umum saya minta menjelasan” jelas Wong

Berikut kenyataan lengkap Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong yang dibentangkan di sesi sidang parlimen 


 “ Kata Wong mengikut jawapan yang diberi oleh Menteri dalam Kementerian Perdana Menteri, beliau telah berjanji bahawa laporan ini akan diumumkan pada bulan Mei 2014, tetapi pun tidak lihat apa apa perkembangan.

 Dan baru baru ini, YB Kota Belud sebagai menteri telah mengumumkan di surat khabar tempatan bahawa laporan ini akan dibentangkan pada sesi parlimen ini. Saya harap ini bukan janji kosong. Jika janji ini benar, saya harap laporan ini akan dibentangkan secepat mungkin dan diberi sesi perbahasan kepada ahli parlimen.

 Mengapa nampaknya begitu susah dan mengambil masa yang begitu panjang untuk mengumumkan laporan ini? Saya minta penjelasan.

 Tuan yang dipertua, Laporan ini memang sangat penting bagi semua rakyat Sabah, kerana masalah PATI ini merupakan “Mother of problem in Sabah”, dengan izin.

 Masalah ini telah menyebabkan populasi negeri Sabah telah diubahkan. Pada tahun 1970, Bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut bumiputra tempatan adalah seramai 35 ke 40 peratus di Sabah.

 Tetapi dalam 40 tahun kemudian, pada tahun 2010, bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut telah menurun ke lebih kurang 20 peratus, manakala penduduk yang sebenarnya bukan warganegara dijangka naik 20 peratus, itu belum kira seramai 27 peratus atau bilangan seramai 1 juga orang yang bukan penduduk Malaysia ataupun PATI.  

Kalau tambah kira golongan itu, berapa populasi adalah terdiri daripada golongan PATI dan bukan berasal dari Sabah?

Tuan yang dipertua, cuba bayangkan apa telah berjadi di Sabah? Kenapa dalam jangka masa yang begitu pendek populasi negeri Sabah telah mengalami pertukaran yang begitu besar dan sehingga anak-anak negeri atau orang asal Sabah telah menjadi golongan minoriti di tanah kita sendiri? YAB Perdana Menteri telah berjanji bahawa beliau akan melindungi kedaulatan Sabah dan tanah kita akan dilindungi, tetapi mengapa kerajaan akan membiarkan kejadian tersebut berlaku sewenang-wenangnya.
 
 Kami sedang menunggu, menunggu satu jawapan yang adil kepada kita. Laporan RCI ini amat penting kepada kita, kita nak tahu siapakah pendalang dibelakang population-change ini?Dan kami nak tahu apakah penyelesaian kerajaan ke atas masalah ini dan bagaimana kerajaan mengatasi populasi bukan warga Malaysia seramai 1 juta orang ini?

 Tuan yang dipertua, bukan saja populasi telah diubahkan, maka masalah PATI ini telah menimbulkanbanyak masalah sosial di negeri Sabah seperti jenayah serta masalah bukan warganegara yang telah membelanjakan banyak resources kita di Sabah.

Dan saya yakin bahawa kebanyakan jenayah adalah dibuat oleh golongan tersebut.Itu juga menambah tekanan pembelanjaan sektor kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan, PATI merupakan golongan yang terbesar menggunakan kemudahan-kemudahan dan resources kesihatan kita.Menurut laporan media terkini, terdapat 53 peratus banduan adalah terdiri daripada golongan PATI ini, jelas sekali masalah ini harus diselesaikan.

 Tambahan pula, beberapa kes penculikan dan pencerobohan yang telah berlaku di persisiran pantai timur Sabah telah membuktikan bahawa PATI telah melibatkan dalam kes-kes tersebut. Jangan kita lupakan, ia telah mengambil nyawa pasukan keselamatan kita.

Tuan yang dipertua, kelibatan PATI serta warganegara yang bukan tulen yang mendapat IC secara tidak sah ini dalam kes pencerobohan adalah antara satu factor yang penting dan mereka telah menjadi ancaman yang amat besar dalam Sabah. Jikalau masalah ini tidak diselesaikan, maka kes pencerobohan dan ancaman keselamatan Sabah tidak akan diselesaikan.

Saya setuju kepada cadangan dari masyarakat Sabah di mana semua kad pengenalan haruslah disemak semula dan diterbitkan semula kepada semua rakyat Sabah yang tulen.

 Sesiapa yang mendapat IC secara haram haruslah ditarik balik manakala bagi orang bukan warganegara yang ingin bekerja di Sabah boleh diberi permit kerja atau mereka berhak memohon sebagai PR status mengikut proses yang tetap.

Tuan yang dipertua, saya ingin sentuh beberapa perkara yang kini dihadapi oleh rakyat Sabah. Masalah kewarganegaraan di Sabah merupakan satu masalah yang sangat serius dan telah membawa impaksi yang serius kepada semua Sabahan, khususnya status half nationality children, dengan izin.

 Sebagai contoh, seorang anak yang lahir di Sabah, walaupun ayahnya warganegara Malaysia tetapi emaknya bukan warganegara.

Jika ibu bapa nya tiada surat kahwinatau anak itu lahir sebelum pendaftaran perkahwinan yang sah. Anak ini akan menghadapi masalah mendapatkan IC.Anak ini sepatutnya boleh mendapat status warganegara denganujian DNA untuk membuktikan anak itu darah daging mereka dan dia memang lahir di Sabah.

 Walau bagaimana pun, SOP JPN memerlukan dokumen seperti Surat lahir, Surat kahwin, surat sumpah mahkamah, Sijil sekolah dan gambar sekeluarga jika ada.

 Anak-anak yang lahir di Sabah, dengan dokumen yang lengkap dan ujian darah sepatutnya cukup bukti untuk dapatkan warganegara. Pemohon masih gagal mendapatkan IC.

Pemohonan sudah dibuat berpuluh-puluh tahun, sampai anak itu menjadi dewasa, mereka masih tidak mampu menikmati hak-hak sebagai warganegara yang sepatutnya ada.Anak-anak ini menjadi seorang yang tiada warganegara ataupun stateless citizen.Mereka lebih teruk daripada status PATI.

PATI masih ada status kewarganegaraan di negara asal mereka dan ramai memegang IMM13.Ada juga PATI yang mempunyai MyKad Malaysia, tetapi golongan yang saya sebut tadi langsung tidak mempunyai apa-apa status.

Jikalau begitu banyak PATI boleh diterima sewenang-wenangnya sebagai warganegara dalam tempoh yang begitu singkat manakala orang asal kita yang menghadapi masalah itu pula tidak dilulus sebagai warganegara dan telah lama diproseskan. 

 Oleh yang demikian, saya memandang isu ini sangat serius dan harap kerajaan akan prihatin kepada isu ini. Oleh itu, Saya harap kerajaan boleh mendirikan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bertujuan untuk mengendali semua kes-kes sebegini. Haraplah jawatankuasa ini akan mempercepatkan semua proses pemohonan dan mengembalikan keadilan kepada dua golongan yang saya sebut tadi. Tidak dapat dinafikan mereka sememangnya berhak sebagai seorang warganegara” Kata Wong semasa soal jawab di sidang parlimen mengenai isu kewarganegaraan



Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih


No comments:

Post a Comment