Wednesday 30 November 2016

Free Sandakan Today (FST)……WARISAN MILIK SEMUA BANGSA/AGAMA BUKAN MACAM USA UNTUK KAUM KADAZAN-MURUT- DUSUN-CINA YANG BERAGAMA KRISTIAN SAHAJA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu November 30/2015

SAUDARA Handirey Majos baru saja menghubungi saya dan bukan saja dia, malah sebelum ini begitu ramai minta penjelasan kesan kekhuatiran mereka kala WARISAN diberi mandat untuk perintah Sabah dikatakan kalangan KDM bakal tersisih.

Kenyataan itu sebenarnya tidak benar dan kenyataan itu sengaja dicipta oleh yang tidak senang kesan sambutan rakyat terhadap WARISAN cukup menggusarkan pemimpin yang memerintah Malaysia sekarang ini terutama kepimpinan Musa Aman yang cukup khuatir bakal kehilangan kuasa.

Kesan khuatir itulah, maka fitnah, kutuk, hina disebar ke sana sini untuk mengaib burukkan kepimpinan DS Shafie, itu seolah digambarkan sebagai lanun atau perompak. Soalnya berapa bilion dana rakat DS Shafie rompak dan siapa saja perompak sebenarnya di Malaysia ini? Itu kena tanya PM Najib.

Dalam WARISAN hingga setakat ini memang ada dua tiga orang yang duduki jawatan terpenting seperti Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden, manakala Sdra Peter sebagai Naib Presiden sedang YB Terrence duduki kerusi Bendahari parti. Apakah ini tidak meyakinkan KDM?

Di Sandakan dua hari lalu, malah sebelum ini DS Shafie sering menyatakan yang dirinya bukan pemimpin Bajau tetapi dia itu pemimpin seluruh bangsa di Sabah dan jika diberikan mandat maka semua bangsa akan diperhatikan termasuk Cina dan bangsa-bangsa lain.

Tuduhan yang mengatakan KDM bakal dibelakangkan itu jelas kenyataan yang tidak masuk akal dan bukankah di bawah kepimpinan BN KDM itu amat jauh tertinggal banding mereka yang dalam UMNO?

Berapa orang kalangan KDM yang diperhatikan oleh pemerintah soal mendapatkan kontrak berjuta dan apakah anak-anak KDM diperhatikan oleh pemerintah meski di dalam BN ada PBS, PBRS atau UPKO dan yang jelas semuanya hanya menjadi alat buat UMNO yang merakus kebanyakan projek di Sabah.

Rakyat Sabah terutama KDM jangan sekali terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan  orang tertentu yang tujuannya menakut-nakutkan KDM dan kenyataan semacam itu memang kenyataan yang sudah basi sebab memang cara pemerintah menjatuhkan kepimpinan yang menjadi saingan mereka ialah dengan cara mengugut dan menakut2kan rakyat.

Kerajaan yang ada sekarang ini akan melakukan apa saja demi mengekalkan pemerintahan mereka yang korup dan asyik mengisi kantung mereka sendiri.

KDM dan semua bangsa harus bersatu kesan parti PBS, UPKO dan PBRS bukan lagi parti dalam BN yang perjuangkan KDM dan rakyat Sabah, maka parti-parti  berkenaan hanyalah pentingkan poket diri mereka sendiri.
Sabah Ubah 
Sabah Ubah


No comments:

Post a Comment