Friday 19 June 2015

MP SANDAKAN BIDAS MAXIMUS GAGAL TUNAIKAN JANJI BINA JANA KUASA ELEKTRIK

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili semasa berada di Dewan Rakyat kena bidas oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  yang menggesa Mximus supaya meminta kerajaan menyiapkan pembinaan stesen  janakuasa gas asli  di Lahad Datu.

Dalam tempoh lima (5) seperti yang telah dijanjikan sekian lama demi untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat  khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah ini perlu disegerakan.

Kata Wong semasa menjawab soalan di Parlimen, Maximus menyatakan bahawa kerajaan telah setuju untuk membina sebuah stesen janakuasa gas asli di Lahad Datu, menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 190 hingga 380 Megawatt, tetapi disebabkan gas asli perlu disalurkan melalui paip yang panjang dari Pantai Barat Kota Marudu-Beluran ke Pantai Timur, kos pembinaan yang amat tinggi diperlukan, oleh itu kerajaan kini masih berada di peringkat kajian, belum lagi memutuskan sama ada akan membina saluran paip gas asli yang begitu panjang untuk kegunaan stesen janakuasa Lahad Datu.

Walaubagaimanapun, Maximus berjanji bahawa kerajaan akan buka tender pada bulan September tahun ini, untuk membina sebuah stesen janakuasa kecil yang menjana 30 Megawatt bekalan elektrik di Lahad Datu, sementara menunggu pembinaan saluran paip gas asli, kemudiannya bertukar menjadi stesen janakuasa gas asli yang besar.

Maximus berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong di sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) di Dewan Rakyat.


Wong tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, kerana kerajaan sering menggunakan alasan seperti “masih dalam kajian” atau “kos terlalu tinggi”,  untuk menangguh projek pembinaan infrastruktur yang amat diperlukan oleh rakyat. Stesen janakuasa merupakan keperluan asas rakyat, kerajaan harus membekalkan infrastruktur ini.

Beliau berpendapat bahawa, rancangan ini telah ditangguhkan selama beberapa tahun, sejak dulu ketika  rakyat tempatan membantah pembinaan loji janakuasa arang batu, kerajaan tidak menghormati keinginan rakyat, berkali-kali cuba untuk memulihkan loji janakuasa arang batu, langsung tidak berniat untuk menggantikannya dengan stesen janakuasa gas asli atau gas asli cecair.

Wong berkata, difahamkan bahawa gas asli adalah lebih mahal berbanding dengan arang batu, tetapi demi melindungi alam sekitar dan keselamatan rakyat Pantai Timur, kerajaan tidak patut hanya mengambil kira unsur kos, dan tidak menghiraukan permintaan rakyat.

Wong meminta kerajaan memberi jaminan bahawa stesen janakuasa gas asli ini akan siap dibina dalam tempoh 5 tahun ini, kerana keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur semakin meningkat, dan pembangunan sektor perindustrian di Pantai Timur amat memerlukan tenaga elektrik. Ketiadaan stesen janakuasa kapasiti tinggi dan kawasan Sandakan yang kerap mengalami gangguan elektrik, pasti akan melambatkan pembangunan sektor perindustrian, rakyat juga hidup dalam kesusahan!

Tambah beliau, Sabah merupakan pengeluar gas asli, kerajaan tidak patut menggunakan alasan kos tinggi dan sebagainya untuk menolak pembinaan ini, kerana pada asalnya ia milik rakyat Sabah, kerajaan patut memanfaatkan rakyat Sabah dengan sumber asli ini, bukanlah asyik mengeluarkannya untuk dijual dan mendapatkan keuntungan, rakyat pula mengalami gangguan elektrik di sebaliknya, ini tidak dapat diterima! Beliau berkata, kini dikatakan negara kita sedang menuju ke arah negara maju, jika kerajaan tidak dapat menyiapkan stesen janakuasa ini, ini amat menghinakan dan menyindirkan.

“Jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk menurunkan SAIDI Sabah dari 423 minit tahun 2013 kepada 100minit menjelang tahun 2020 dalam RMK11, maka pembinaan stesen janakuasa ini adalah amat penting.”
Selain itu, Wong juga meminta menteri menjelaskan perbezaan sumbangan modal tenaga elektrik di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Bagi rumah yang biasa, sumbangan modal di Sabah adalah sebanyak RM3300, manakala Semenanjung adalah RM250, sebanyak 8 kali ganda berbeza! Ini jelas menunjukkan ketidakadilan dan eksploitasi ke atas rakyat Sabah.

Maximus membalas, kerajaan telah mengetahui perkara ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan, pendekatan yang baru akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ini. Kata beliau, sumbangan modal di Semenanjung rendah kerana tarif elektrik telah merangkuminya, jika Sabah juga hendak merangkumi sumbangan modal, maka tarif elektrik akan bertambah mahal. Namun begitu, Wong berkata, kerajaan seharusnya mengatasi perkara ini tanpa merugikan kepentingan konsumer.






No comments:

Post a Comment