Saturday 27 June 2015

RAHIMAH SALUR BANTUAN KEPADA ASNAH SEORANG BALU YANG DALAM KESEMPITAN HIDUP

OLEH: SHAIMON S JUMADI

MAKCIK   Saya ada sumbangan sedikit untuk keperluan berbuka puasa ....Rahimah 

BATU SAPI:-  Sewaktu program Jelajah Ramadan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkesempatan untuk  melawat kerumah seorang balu iaitu Asnah Adin balu kepada arwah mantan Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi.

Sambil melawat dengan ringan hati Rahimah telah memberikan sedikit sumbangan kepada Asnah untuk keperluan berbuka puasa dan menyambut hari lebaran nanti.

Kata Rahimah sebenarnya Asnah telah dapat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi agak jauh sebab rumah berkenaan  didirikan dilaut dan Asnah lebih selesa  duduk dirumah lamanya walaupun keadaan rumah itu hampir usang dan perlu dibaiki kerana banyak kerosakan yang dialami  pada dinding dan bumbungnya.

“Anak saya lebih  selesa duduk dirumah buruk ini biarlah rumah baru PPRT itu anak saya yang tinggal  lagipun makcik baru saja sembuh dari sakit” katanya kepada Rahimah.

Yang dalam keadaan serba kekurangan itu pada Asnah semoga mendapat perhatian daripada pihak-pihak tententu untuk membela nasibnya.

“Makcik bersabar ia semoga Allah akan memberikan murah rezeki kepada keluarga makcik inilah adalah ujian Nya kita harus tabah menghadapiNya” kata Rahimah yang rasa sebak dan sedih melihat keadaan Asnah.

Inilah dikatakan seorang peminpin Wanita yang sentiasa prihatin akan nasib seseorang semoga bantuan Rahimah kepada Asnah akan dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SAW….Amin




No comments:

Post a Comment