Tuesday 16 June 2015

MP SANDAKAN TERUS BANTU RAKYAT YANG HADAPI KESUSAHAN KG SIM-SIM

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sejurus selepas selesai  menyertai progam Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Berhala Darat Sim-Sim dekat sini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong bersama rombongannya berkesempatan meninjau kesebuah rumah kepunyaan Anjas Asmawi.

Nampaknya Anjas memang orang paling bertuah kerana mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen Sandakan untuk membaik pulih rumahnya di lorong jambat 18 Kampung Sim-Sim.

Satu lagi  dimana sebuah rumah di lorong jambatan yang sama  yang didiami oleh Parasimah  yang telah roboh baru0baru ini dan melibatkan  5 orang keluarga  turut jatuh kelaut juga mendapat perhatian oleh Ahli Parlimen.

Memandangkan hari petang terlalu suntuk Wong terpaksa meninggalkan Kampung Sim-Sim dan bergegas pergi ke Airport untuk penerbangannya ke Kuala Lumpur  bagi menghadiri sidang parlimen.

Apapun susulan bantuan keatas Parasimah juga akan disalurkan pada masa terdekat ini  supaya masalah roboh rumahnya akan dapat diselesaikan sebelum menjelang hari leberan ini.






No comments:

Post a Comment