Sunday, 6 July 2014

JUWITA P186 BANTU GOLONGAN IBU TUNGGAL

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Golongan ibu-ibu tunggal di daerah Sandakan khususnya di kawasan Parlimen Sandakan  tidak akan dipinggirkan untuk mendapat sebarang bantuan berbentuk kebajikan bagi menyara hidup keluarga mereka.
Melalui Jawatankuasa Ibu-Ibu Tunggal P186 Sandakan (JUWITA) ibu-ibu tunggal sama ada kematian suami, atau  cerai hidup mereka sentiasa mendapat perhatian tetapi yang penting mereka harus mendaftar diri masing-masing ke JUWITA sebagai ahli agar pihak jawatankuasa ini dapat mengenal pasti berapa jumlah para ibu tunggal yang  berdaftar dengan JUWITA.



Namun demikian mereka yang bergelar ibu tunggal (Janda/Balu) mesti mempunyai surat-surat atau dokumen-dokumen yang sah untuk membuktikan bahawa seseorang itu memang benar-benar janda atau balu.

Bagi mereka sudah  bergelar status janda dan balu tidak mempunyai dokumen-dokumen seperti surat mati atau surat cerai mereka hendaklah membuat surat akuan yang telah ditandatangan oleh pihak Suruhanya Sumpah di mahkamah berkenaan.


Hajah  Dayang Siti Pulau Pengerusi JUWITA P186 Sandakan menjelaskan  perkara tersebut semasa mempengerusikan Mesyuarat badan itu kelmarin yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Masyarakat Sandakan.
Katanya lagi  disepanjang bulan Ramadan Al-mubarak ini JUWITA akan menghukurkan sedikit bantuan kepada ibu-ibu tunggal pada masa terdekat ini untuk mambantu golongan-golongan berkenaan bagi menyambut hari lebaran ini.


Turut hadir  sama  pada Mesyuarat tersebut Hajah Ainah Amit Pengerusi KRT Zon 1 Taman Messra.

No comments:

Post a Comment