Saturday, 5 July 2014

DAP ajak bukan Islam berpuasa tanda solidariti

By Admin

 | July 4, 2014
Larangan berpuasa yang dikeluarkan oleh kerajaan China adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama
Ong Kian Ming 



 ONG.....Siapa Kata DAP anti Islam dan anti Melayu

SHAH ALAM:-  Rakyat Malaysia harus menyatakan sokongan mereka kepada umat Islam di Xinjiang, China, yang dilarang kerajaan wilayah itu untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap hak umat Islam di sana, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengajak seluruh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam untuk berpuasa selama sehari, lapor roketkini.com
“Saya secara khusus ingin menyeru rakyat bukan Islam di Malaysia untuk menyokong kebebasan beragama bagi semua kumpulan minoriti di seluruh dunia dengan berpuasa sehari pada bulan mulia ini bersama-sama rakan Muslim kita,” katanya.
Kian Ming dalam kenyataannya hari ini mengecam penindasan yang dilakukan kerajaan China dengan mengeluarkan arahan melarang penjawat awam, guru dan pelajar daripada menjalankan kewajipan itu.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan menindas itu. Larangan tersebut memaksa umat Islam di sana untuk tidak mematuhi salah satu daripada rukun Islam.
“Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama, iaitu kebebasan untuk seseorang menjalankan amalan agama yang dianutinya,” tegasnya.
Larangan tersebut dikuatkuasakan sejak beberapa tahun lalu dan sudah mula digunapakai oleh beberapa jabatan kerajaan daerah sejak minggu lalu.
Stesen milik kerajaan Bozhou Radio and TV University dalam laman sesawangnya menyatakan, larangan itu dikenakan kepada semua anggota parti, guru dan golongan muda.
Menurut Kian Ming lagi, beliau sendiri mulai berpuasa sepanjang bulan Ramadhan sejak tahun lalu kerana amalan itu membolehkannya berkongsi pengalaman berpuasa bersama-sama umat Islam.

"DAP tidak anti Melayu atau Islam sebab masyarakat cinapun di negara ini ramai yang memeluk Islam cuma terdapat segelintir yang suka buat fitnah sekarang sudah ramai bangsa Melayu  yang menjadi ahli DAP kerana DAP bukan parti untuk Cina bahkan DAP parti untuk berbilang kaum di negara ini jadi tidak timbul isu DAP anti Melayu DAP anti Islam semuanya fitnah" Katanya.

No comments:

Post a Comment