Saturday, 5 July 2014

KAK PAH MENINGGAL DUNIA PAGI TADI JAM 1.26

 40 0 0 59

By Admin

 | July 5, 2014
Allahyarham dikesan menghidap penyakit fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.
sharifah_aini_300 

 PEMINAT SENI SUARA DI SEURUH NEGARA....BERSEDIH KEHIKANGAN SEORANG BIDUANITA NEGERA KAK PAH...AL FATIHAH




PETALING JAYA: Biduanita negara Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu ini.
Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi hari ini akibat jangkitan pada paru-paru.
Penyanyi tersohor negara itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara pada Selasa lalu oleh anak tunggalnya, Aliff Omar selepas mengalami kesukaran bernafas.
Allahyarham dikesan menghidap penyakit fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.
Sharifah Aini atau lebih mesra dipanggil Kak Pah merupakan anak kepada pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas di lahirkan pada 2 Julai 1953 di Nee Soon, Singapura.
Dalam kariernya, beliau sempat merakamkan 93 buah album termasuk 7 album berbahasa Inggeris.
Beliau terkenal di Asia dengan lagu-lagu seperti Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung dan Hapuslah Air Matamu.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment