Saturday, 5 July 2014

KES TANGKAP KHALWAT JAIS DI DAKWA SALAH GUNA KUASA AKAN DI SAMAN RM1 JUTA

 2154 11 0 2169


Tiga wanita dan seorang lelaki mendakwa telah ditangkap berkhalwat hanya selepas pemantauan selama lima minit oleh pegawai JAIS
jais007_300 


 TIGA MANGSA...Buat laporan polis dan akan menyaman JAIS RM1 juta



PETALING JAYA: Tiga wanita dan seorang lelaki mendakwa telah menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dalam membuat tangkapan berhubung kesalahan khalwat terhadap mereka.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman bersama dua lagi wanita telah didakwa berkhalwat  bersama seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu  ketika sedang berkemas untuk berpindah rumah.
Hanisha berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.10 pagi di Salak Tinggi apabila mereka didatangi oleh dua orang pegawai JAIS dan ditangkap  mengikut Syeksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS).
“Kami terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh. Mereka datang terus beritahu yang kami ditahan kerana berkhalwat,” katanya.
Hanisha menyifatkan tindakan pengawai JAIS itu merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan berunsur ugutan dengan bertujuan untuk mengaibkan mereka.
“Ketika ditahan kami tidak berada dalam keadaan yang mencurigakan dan hanya sedang membuat pemindahan barang dari rumah lama ke rumah baru”, katanya.
“Saya bertanya berapa lama kamu telah memantau kami dan pengawai JAIS tersebut berkata sudah lama tetapi apabila saya bertanyakan semula ketika di balai polis, mereka hanya kata lima minit sahaja sebelum membuat tangkapan”
Ujarnya lagi, hanya kami (wanita) yang berada di dalam rumah dan Mukamil (pemandu lelaki) berada di luar kawasan rumah.
Jabatan Agama Islam Selangor turut mengarahkan kami untuk membuat bayaran sebanyak RM12,000 (RM3,000 seorang) dan perkara tersebut dimaklumkan oleh pegawai JAIS walaupun kami belum dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Peguambela, Latheefa Koya berkata tindakan ini merupakan satu salah laku yang telah mengaibkan mereka.
Beliau berkata, pegawai JAIS mengambil jalan yang terlalu mudah untuk membuat tangkapan khalwat dan percaya bahawa ini bukanlah cara yang sesuai untuk mencegah salah laku khalwat.
“Secara asasnya, kami percaya bahawa tindakan dan kaedah JAIS dalam mencegah maksiat perlu dinilai semula”, katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Seksyen 29, Enakmen Syariah Selangor, bahagian kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan, sekiranya seorang lelaki didapati bersama dengan seorang wanita yang bukan isteri atau mahramnya atau orang perempuan yang didapati bersama seorang atau lebih lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah, atau bilik yang dalam keadaan boleh menimbulkan syak adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya pihak JAIS mengambil tindakan kepada pegawai mereka yang telah menyalahgunakan kuasa dalam membuat tangkapan seperti ini.
Latheefa juga meminta pertuduhan tersebut dibatalkan dan permohonan maaf dibuat kepada mereka kerana telah memalukan dan mengaibkan mereka.
KAMI akan saman JAIS RM1 Juta kerana telah mengaibkan kami bertiga menangkap sembarangan saja tanpa usul periksa kamipun sudah melantik dua orang peguambela dan peguamcara untuk mendakwa para pegawai JAIS yang terlibat sama yang memalukan kami" kata jurucakap Latheefa.

No comments:

Post a Comment