Written by Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI

Stephen Wong memantau keadaan di sekitar Old Slipway bandar Sandakan bersama dengan pembantunya, setelah menerima aduan mengenai masalah kesumbatan sistem kumbahan di kawasan Old Slipway, yang menyebabkan sisa kumbahan terlimpah keluar dari tandas di kedai tingkat bawah.
Sebelum ini, pembantunya Amsi Liew juga pernah mengemukakan masalah berkenaan kepada pihak MPS, dan menggesa untuk tindakan segera. Pihak MPS juga dipelawa untuk membuka penutup sistem kumbahan di kawasan tersebut dan melakukan kerja pemeriksaan. Selepas periksa, didapati sistem kumbahan kawasan tersebut telah tersumbat dan air kumbahan terlimpah keluar, dan ini bukan dalam bidang kuasa MPS tetapi pihak JKR.
Stephen Wong berkata, beliau telah
menghubungi pihak JKR, dan JKR telahpun berjanji untuk menjalankan kerja
pembersihan melalui kontraktor pada hari ini.
Kata Wong lagi disebabkan sistem kumbahan di kawasan bandar sering kali tersumbat, para peniaga di sekitar Old Slipway juga mengadu bahawa setiap bulan saluran kumbahan akan tersumbat berkali-kali dan mengakibatkan air kumbahan terlimpah keluar, beliau berpendapat bahawa masalah ini hanya dapat ditangani dengan menaiktarafkan sistem kumbahan di kawasan bandar.
Beliau juga meragui masalah tersebut, adalah akibat penghuni tempatan yang membuang sampah atau bahan yang tidak larut ke dalam saluran kumbahan.

Dalam
pada itu Wong memohon kerjasama daripaada semua penghuni bangunan-bangunan
berkenaan agar tidak membuang sampah dan
sebagainya sewenang-wenangnya ke dalam
mangkok tandas ini boleh mengakibatkan saluran pembentungan najis tersumbat dan jadilah penduduk yang bertemadun dan punya
jati diri yang baik agar kawasan Bandar kita sentiasa bersih dan kelihatan indah elok dipandang mata..
No comments:
Post a Comment