Sunday, 6 July 2014

DAVID OROK HNA AGAMA ISLAM GABUNGAN MAJLIS NGO SABAH BUAT LAPORAN POLIS



Written by Admin

OLEH: RICHARD P ANDIANG


KOTA KINABALU:- Gara-gara perbuatan durjana mantan calon Parti Star  Kawasan DUN N10 Sulaman David Orok yang menghina nabi dan agama Islam telah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam di seluruh negeri Sabah dan  kemungkinan akan mencetuskan huru hara tidak lama lagi  jika perkara ini pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangkap David Orok  pada masa tiga  hari dari sekarang


Dalam pada itu Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Concerns, Sainuri Yahmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10.30 pagi kelmarin  terhadap anggota, parti berkenaan, David Orok.

"Kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah serius dan sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam selain kekecohan dan perpecahan kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

David juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.

Sainuri berkata beliau mewakili gabungan itu dan umat Islam meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Putatan turut membuat laporan polis berhubung insiden sama.

Ketuanya Ir Shahelmey Yahya berkata tindakan David itu dikhuatiri akan mencetus perbalahan antara masyarakat berlainan kaum dan agama.

“Ekoran tindakan David Orok menghina Islam ini menunjukkan parti Star ditubuhkan benar-benar anti Islam berbanding dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO,PBRS di mana ketiga-tiga parti di Sabah ini ramai ahli-ahlinya daripada suku kaum Dusun,Kadazan dan Murut yang bergama  Islam.

Star kini tidak punya harapan lagi macam mana sebuah parti kononnya untuk membela pelbagai rakyat tetap adalah  anti Islam bagaimana suku sakat dan saudara maranya yang beragama Islam parti  Star kini  betul-betul tercemar gara-gara perbuatan jahil  David Orok ” kata sumber itu lagi 
 
Sementara itu Pertubuhan  Mualaf Sabah yang dianggotai oleh masyarakat Kadazan,Dusun dan Murut yang beragama Islam akan turut membuat laporan polis terhadap perbuatan David Orok kerana menghina nabi dan agama  Islam yang amat keterlaluan itu.

“Kami bangsa Dusun, Kadazan dan Murut yang beragama Islam betul-betul marah kepada David Orok sebab dia mencaci agama kami sudah tiga generasi suku-suku kami memeluk Islam sejak di zaman British lagi” kata jurucakap itu.


No comments:

Post a Comment