Tuesday, 3 January 2017

FST..... D-I IBAWAH KERAJAAN BN/UMNO RAKYAT SABAH TERUS MENDERITA ....DAKWA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday January 2017/03

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt menyelar kenyataan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Haji Sairin Karno yang bertajuk: “Kenaikan Harga Minyak Untuk Bantu Orang Miskin Kurang Mampu” yang tersiar diakhbar New Sabah Times baru-baru ini   disifatkan sebagai kenyataan kebudak-budakan dan orang kurang akal.

Wong berkata  dengan kenaikan harga minyak termasuk kenaikan harga barang-barang  yang melambung tinggi   sudah pasti membebankan rakyat terutamanya  golongan yang berpendapatan rendah di bawah paras RM500.00 kebawah untuk menagung keluarga yang ramai.

Wong berkata kenyataan Sairin itu sengaja memperlekihkan orang miskin mana ada kenaikan harga minyak boleh membantu orang miskin malahan menjadi beban besar yang ditanggung.

Sambil itu Wong mendakwa sejak kerajaan BN/UMNO memerintah Sabah bermula dari tahun 1994 hingga sekarang kehidupan  rakyat semakin hari semakin susah terhimpit dibelenggu kemiskinan kerana saban tahun harga barangan  dinaikan dan kos  sara hidup rakyat semakin tinggi bermacam-macam   cukai dikenakan selain GST.

“Hanya rakyat Sabah saja yang boleh menilai kejujuran kerajaan BN/UMNO jika rakyat mahu terus dihantui kemiskinan seumur hidup maka rakyat akan pertahankan UMNO/BN terus memerintah Sabah.

Jika rakyat Sabah  mahu mengubah  kehidupan yang lebih baik maka rakyat sendiri bijak memilih kerajaan baru untuk mentadbir Sabah untuk mengubah nasib anda di masa hadapan hingga ke generasi akan datang” kata Wong lagi.









No comments:

Post a Comment