Friday 30 May 2014

WANITA UMNO SANDAKAN ANJUR PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 7 JUN INI.....NORAINI SULONG



Friday 30 May 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan akan mengadakan majlis Berkhatan berama-ramai  pada 7hb Jun ini bertempat di Masjid Janatun Naim Sri Taman dekat sini.
  
Program yang bermula dari jam 7.00 pagi akan disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon.


Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong tujuan kerkhatan beramai-ramai ini adalah untuk meringankan beban kepada Ibubapa mereka yang kurang berkemampuan dan ini juga merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan Wanita UMNO untuk membantu rakyat.

GAMBAR HIASAN......Noraini kelihatan sedang menyiram bagi menyempurnakan majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran KAFA tahun lalu

Seramai 30 kanak-kanak di bawah umur 9 hingga 12 tahun keatas sudahpun didaftarkan nama mereka sebagai peserta  berkhatan ini.

Penduduk-penduduk kawasan Elopura khususnya yang berhampiran sekiranya ibubapa mereka  berminat untuk menghantar anak-anak mereka  bagi menyertai program ini dipersilakan  datang sebelum jam 7.00 pagi di masjid berkenaan untuk mendaftar diri.

No comments:

Post a Comment