Saturday, 10 May 2014

DAP-PAS BERJAYA BANTU PARA PENJAJA PASAR MALAM DAPATKAN PAIP AIR BERMETAR



Written by Admin
Saturday May 10.2014

DARI MEJA PENGARANG KANAN FST
SAIMON S JUMADI

 
NAMPAKNYA usaha  pihak pembangkang selama ini tidak  sia-sia begitu saja di mana Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong dan Ketua Kawasan PAS Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah  yang membantu kepada para penjaja Pasar Malam berhampiran dengan Pejabat Pos Besar  Bandar segala rintihan dan rayuan demi rayuan didengar juga oleh pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)

Dari segi aspek tahap kebersihan di sekeliling kawasan pasar tersebut memang diakui sendiri oleh pihak Jabatan Kesihatan Sandakan ini sebenarnya hasil kerjasama daripada semua penjaja di situ yang bertanggungjawab menjaga kebersihan.

Selain itu juga pihak MPS telah mempertikaikan soal air untuk kegunaan harian para penjaja  di mana mereka mendakwa terdapat segelintir penjaja menggunakan bekalan sebagai sumber utama mereka menggunakan air dari bukit berhampiran dan yang lainnya pula menyambut air bersih dengan menggunakan hos dari bangunan Yeng Ho Hong.


Kesefahaman antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam soal kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya sehingga suara-suara pihak pembangkang mahu juga didengar sehingga pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan pemasangan air paip bermeter diluluskan ini satu usaha murni yang boleh dijadikan contoh baik masyarakat sendiri boleh melihat walaupun DAP dan PAS merupakan parti pembangkang tetapi para pemimpinnya juga berjiwa rakyat mempunyai peranan kearah membantu rakyat untuk kesejahteraan.

Kalau asyik berpolitik bertelaga antara satu lain yang menjadi sasaran dan yang susah rakyat sendiri, apapun para penjaja harus sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari masa kesemasa utamakan penjagaan kebersihan.

Saya pernah juga bercakap mengenai masalah pasar malam dengan para penyokong BN mereka 90 peratus tidak setuju kalau pasar malam itu dieteruskan katanya kotor  dan kebanyakan yang berniaga orang asing.

Saya tanya lagi kenapa rakyat Pakistan membuka kedai di Bandar bukan satu dua pintu malahan berpuluh-puluh pintu kenapa mereka sokong tidak pula mereka mengeluh yang pasar malam sudah beroperasi lebih 30 tahun kenapa mereka suruh MPS bongkar jelas mereka ini  mahu membunuh orang Islam mahu menghapuskan ekonomi masyarakat setempat, tapi kalau Pakistan mereka takut nak komplen.








No comments:

Post a Comment