Sunday 25 May 2014

GARA-GARA MPS MELUKAI HATI RAKYAT PRU 14 NANTI DUN ELOPURA,TG PAPAT, KARAMUNTING DAN PARLIMEN SANDAKAN MILIK PEMBANGKANG



Written by Admin
Sunday May 25.2014


SOROTAN DARI HATI KEHATI
SAIMON S JUMADI


PEMBINAAN 32 gerai (stall) berpagar mirip sangkar burung  atau rumah tahanan (LOKAP)  di ruang hadapan primes deretan kedai di Milimewah benar-benar mencetuskan kemarahan di kalangan  peniaga kaum Tiong Hwa dan peniaga bumiputera lainnya.

Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan  (MPS) membina gerai-gerai tersebut yang didakwa tidak mengikut spesifikasi yang sebenar ini jelas telah menghalang  peniaga deretan kedai situ ini pastinya akan menjejaskan kedudukan perniagaan yang membayar lesen dan cukai pintu kepada pihak MPS.
 
Para peniaga yang rata-rata ditemui  semasa mereka mengadakan reformasi secara aman khusus bagi membatah tindakan MPS membina gerai-gerai tersebut  masing-masing menyatakan sekiranya gerai itu beroperasi  nanti sudah tentu kedai-kedai mereka terlindung oleh barangan niaga yang digantung seperti baju-baju dan pakaian yang lainnya.

Faktor utama ialah tentang keselamatan sekiranya berlaku sesuatu bencana seperti kebakaran sudah tentu pihak bomba sukar untuk memberi bantuan untuk menyelamatkan sesuatu benda disebabkan keadaan ruang yang sempit seperti lubang kubur.
  
Ramai juga yang berpendapat pihak MPS sengaja menimbul kemarahan di kalangan rakyat khususnya para peniaga yang terdiri daripada kaum cina dan bumipura  supaya membeci kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) syabas pihak MPS khususnya Presiden MPS kerana akan memberikan bonus kepada parti pembangkang untuk meraihkan sokongan daripada  masyarakat yang anti kerajaan BN.
  
Pada pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) nanti bukan saja parlimen kawasan Sandakan memang kekal milik DAP bahkan kawasan ditiga DUN Karamunting, Tanjung Papat  dan Elopura 100 peratus bakal jatuh ketangan pembangkang sama ada PKR atau DAP khususnya Pakatan Rakyat.
  
Sepatutnya pihak MPS sebagai badan tadbir kerajaan cari jalan alternative untuk memulihkan semangat kaum cina di Sandakan supaya  mereka kembali memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan kerajaan BN ini pula lain cerita.

Bagi mereka yang menyokong parti-parti pembangkang sama ada DAP, PAS dan PKR mereka paling suka kerana pihak MPS jelas telah memberikan markah tinggi kepada parti-parti pembangkang untuk meraihkan sokongan padu bukan saja terdiri daripada masyarakat cina bahkan juga kepada masyarakat bumiputera.
 
Pihak MPS hanya mementingkan pendapatan dan keuntungan hasil daripada pendapatan sewaan  tetapi pada masa yang sama pihak MPS tanpa memikirkan soal menjaga hati rakyat terutama sekali hati masyarakat setempat.

Syabas DAP kerusi  parlimen Sandakan termasuk kawasan DUN Elopura, Tanjung Papat dan Karamunting bakal menjadi milik pakatan rakyat yang penting kerja kuat bantu rakyat yang bermasalah walaupun pihak pembangkang hanya sekadar menyuarakan hal-hal dan masalah rakyat kepada pihak kerajaan terpulanglah kepada mereka mahu mendengar  atau sebaliknya yang penting mereka sudah menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dan rakyat dengan sendirinya pandai menilainya.
  
Ahli Parlimen Sandakan iaitu Stephen Wong yang telah diberi mandat pada PRU 13 lalu terus berkhidmat kepada rakyat jelata tidak kira siapa sama ada kaum cina, Bumiputera dan yang  lain-lain  ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk membantu rakyat sekadar yang  termampu.

No comments:

Post a Comment