Monday 5 May 2014

PERPADUAN DALAM PARTI UMNO SANDAKAN PERLU DISEMAI ...NASIHAT FAKARUDIN




Written by Admin
Monday May 05. 2014


OLEH:  SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong berkata perpaduan dalam parti harus dijadikan satu budaya untuk mengekalkan setia kawasan yang intim dan semangat kerjasaama yang padu antara satu sama lain.
Wujudnya persengketaan dalaman sesama parti UMNO ini perkara lumrah sesiapa saja tidak menafikan sedangkan lidah lagi tergigit ini pula sesama manusia, namun pergeseran yang melanda UMNO Sandakan janganlah diperpanjangkan ini akan memecabelahkan siratulrahim sesama sendiri.

Fakaruddin berkata demikian kepada ahli-ahli UMNO Cawangan Kampung Pulau Berhala  ketika menghadiri Mesyuarat cawangan tersebut dan sekaligus membuat kunjungan kehormat pangkalan tentera darat di pulau tersebut.
 
Katanya penduduk-penduduk Kg Pulau Berhala tidak perlu khuatir terhadap keselamatan di sekeliling kawasan perairan pulau berkenaan di kawal dengan rapi sebab pihak kerajaan sekian lama telah menempatkan  Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membina pangkalan di kawasan tersebut untuk menjaga keamanan yang lebih terjamin.

Turut serta lawatan tersebut ialah Setiausaha Bahaghian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong dan ahli-ahli Pemuda, Wanita AJK Bahagian dan ahli-ahli Puteri UMNO Sandakan.




No comments:

Post a Comment