Wednesday, 21 May 2014

JUDOH PERTEMUAN SEMUANYA DITAKDIRKAN ALLAH TIADA SIAPA BOLEH MENGELAKAN



Written by Admin
Wednesday May 21. 2014

 
CUBIT-CUBITAN - SENGGOL-SENGGOLAN
SHAIMON S JUMADI


IKAN dilaut asam didarat akhirnya bertemu juga  di dalam kuali, inilah dikatakan  suratan takdir,  judoh pertemuan, ajal dan maut semuanya adalah ditentukan  oleh Allah sesiapa sahaja tidak dapat mengindarinya.
 
KEDUA MEMPELAI BERSANDING  RAJA SEHARI ...macam pinang di belak chainsaw 



Begitulah judoh pertemuan antara Malegrito Michael @ Mohamed bin Abdullah  dengan  Sim Yun Min @ Siti Aisyah Bti Abdullah kedua-duanya  adalah saudara baru (mualaf) yang telah dihijabkabulkan  sebagai suami isteri yang sah.

Cinta itu buta (cemeh) tidak mengenal siapa miskin kaya (gembel) atau usia itu bukan persoalannya yang penting saling cinta mencintai antara satu sama lain seperti Romie dan Julie.

Perkahawinan mereka berdua telah dilangsungkan malam tadi di Dewan Serbaguna Rumah Warta Tua Seri Harapan Batu 5 Jalan Sibuga, cukup meriah pelbagai persembahan telah diadakan sebagai menyerikan suasana majlis tersebut.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hjh Jainab Ahmad Ayid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan isteri, Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah Datuk Armani Datuk Hj Mahirudin, Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahima Asra.
  
Mereka mendoakan semoga kedua mempelai dipanjangkan judoh sehingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki mana tahulah rezeki nomplok datang  dapat anak pula pukulan orang lama jangan  main-main jangan sebut orang tua very-very sensitive  sebut Veteran

No comments:

Post a Comment