Monday 19 May 2014

CHERLLY MARCELA MISS RATU UNDUK NGADAU 2014



Written by Admin
Monday May 19.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Acara Pesta Kaamatan 2014 peringkat Daerah Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin petang ialah acara pertandingan Ratu Unduk Ngadau dan dalam pertandingan tersebut Cik Cherlly Marcela Henry bersua 23 tahun telah dinobatkan sebagai johan Ratu  Unduk Ngadau 2014

Dengan kemenangan itu, Cherlly atau nama timangannya Kelly membawa pulang sebuah piala dengan wang tunai sebanyak RM1,200 berserta sebuah mahkota; selempang dan jambangan bunga termasuk baucar gambar bernilai RM2,000 sekali gus menjadi duta selama setahun kepada Divine Bridal Photo Studio.

Kelly yang bercita-cita menjadi seorang pegawai makmal selain mempunyai hobi bermain gitar dan melayari internet turut membolot hadiah berupa barangan kecantikan daripada AVON; barangan Tupperware serta komputer riba tajaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Hadiah kepada johan Unduk Ngadau pada kali ini disampaikan oleh isteri kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) iaitu Datin Eugine Wong yang menyaksikannya memakaikan mahkota serta selempang ratu itu.

Naib johan disandang Clare Henry manakala tempat ketiga ialah Velensin Japrin yang kedua-dua pemenang ini masing-masing memenangi sebuah piala dengan wang tunai RM800 dan RM600 berserta jambangan bunga, barangan kecantikan AVON, barangan Tupperware termasuklah komputer riba tajaan SKMM.

Sementara tempat keempat dan kelima jatuh kepada Roziana Primus serta Dulcia Daniel yang juga turut berpeluang membawa pulang hadiah.


No comments:

Post a Comment